WAKAF

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Sesape yang der baca entry sebelum niekan mesti de terbaca pasal saham akhiratkan... Salah satu yang Che Ya bagi contoh wakaf. Korang semua mesti tau kan pe maksud wakaf. Bukan wakaf yang korang duk lepak tiap2 petang masa duk hostel tue. Bukan jugak nama tempak kat Kelantan tue, Wakaf Baru, Wakaf Tapai dll. Tapi satu penyerahan harta yang diberikan untuk kegunaan masyarakat untuk tujuan kebaikan. Nie pe yang Che Ya fahamla.

Kalau dulu2, orang banyak wakafkan harta yang berbentuk tanah, bangunan dan duit. Sekarang pun ramai yang buat. Selalunya yang menguruskan harta wakaf dulu2 tue pak imam, tok ketua, ustaz atau pun ahli keluarga yang boleh dipercayai. Tapi kengkadang pun benda2 yang berkaitan harga pusaka nie ble jadi bergaduh adik beradik, anak beranakkan... Lagi2 plak yang mewakaf tue dan meninggal dunia, pastu wasiat dibuat secara lisan. So ramaila yang duk pertikai...Nie yang slalu kita nampak dlm drama2 melayu tetapi memang itu realitinya... Hehehe drama jugak di salahkan.


lebih baik menjadi tangan yang di atas
Ok... kembali ke tahun 2014, sekarang nie nak buat kebaikan sangatla senang. Banyak organisasi awan ataupun swasta yang memudahkan cara kita untuk beribadah... Nak berzakat, dah de lembaga zakat di setiap negeri. Nak wakaf pun senang... Tak perlu ada bangunan atau tanah ataupun duit berkepuk2 baru nak wakaf. Korang boleh wakaf dgn hujung jari jer, caranya pergi kat website nie PERBADANAN WAKAF SELANGOR. Sekalipun korang de RM10 jer, korang tetap boleh wakaf dengan membeli saham wakaf. Dividen yang korang dapat daripada saham tu akan di wakafkan.... Kalau nak tau lebih lanjut bolehla rujuk website Perbadanan Wakaf Selangor di bawah Majlis Agama Islam Selangor.

Selain itu de beberapa lagi badan kerajaan yang dah buat e-wakaf nie. Satu lagi yang Che Ya Tau SAHAM WAKAF JOHOR badan di bawah Majlis Agama Islam Johor. Konsepnya sama macam Perbadan Wakaf Selangor tapi tentu2 tentu aje la lebih tertumpu kepada negeri Johor. Nak tau lebih2 lanjut ble la lawat website dan telifon depa ye. 

Senangkan sekarang.... Allah beri ilham kepada mereka untuk memudahkan kita beribadah. Jadi lepas nie tak dela timbul macam2 perkara berbangkitkan. Oh ye, selain wakaf berbentuk wang korang juga boleh wakafkan Al-Quran serta bahan bacaan lain kat masjid, surau2 dan perpustakaan. Sekarang nie pun dah banyak NGO yang buat projek mewakafkan Al-Quran kat sekolah2 di Malaysia dan di negara islam lain.Sebagai contoh PROGRAM WAKAF SEJUTA AL-QURAN.
Tak pun korang pergila dari masjid ke masjid pastu letak Al-Quran kat situ, kan senang. Kalaupun Al Quran pun kita tak mampu, mungkin ada bahan2 bacaan lain yang bermanfaat yang boleh korang wakafkan kat sekolah2. Hatta sejadah sehelai yang kita de lebih tu pun boleh di wakafkan... Subhannallah, mudahkan.. Pokok pangkalnya hati kita.
Sebenarnya banyak lagi cara nak mewakaf nie, selain gajaran yang besar disisi Allah, tentu-tentunya bermanfaat kepada masyarakat... Dengan cara nie la kita boleh didik diri kita supaya apa yang diungkap dan apa yang di hati adalah seiring. Kita mengaku dalam solat bahawasanya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku kerana Allah. Tapi bila di minta menyerahkan harta ke jalan Allah itu terasa berat.... Mudahan ibadah wakaf nie mampu mendidik kita, InsyaAllah....

Ulasan

JR berkata…
Kadang2 ada orang menggunakan keterujaaan kita terhadap sesuatu untuk niat tak baik. Isteri saya pernah menyertai satu wakaf yang sebenarnya tak wujud...Oleh itu perlu berhati-hati agar sumbangan kita untuk saham akhirat sampai ke tempatnya...

Catatan popular daripada blog ini

PETUA DUDUK ASRAMA

JAKARTA

CUTI-CUTI MEDAN Part 1