Selasa, 22 April 2014

JALAN-JALAN HO CHI MINH CITY LAST PART

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 
Entry nie adalah sambungan entry sebelum nie pasar jalan-jalan kat Ho Chi Minh City. Di sebabkan dah agak lama cerita nie mungkin de beberapa perkara yang Che Ya lupa dah... Mana yang teringat InsyaAllah akan dimuatkan dalam entry nie.  Tarik napas dan lepas.... bersedia untuk entry yang panjang ye korang.

Malaysian Street
Lokasi hotel tempat Che Ya dan en suami menginap nie memang sangat berdekatan dengan Bent Thanh Market. Kawasan Bent Thanh Market nie memang kawasan tumpuan pelancong. Kalau orang Malaysia tue memang senang nak cam. Bukan setakat masyarakat melayu tapi cina pun ramai. Cuma susah sikit nak beza dengan penduduk tempatan sebab rupa paras yang agak sama. Cuba bila depa bertegur sapa dengan kita baru la kita tau. Jarak hotel dengan market nie cuma 100m jer.  
Sekitar Bent Thanh market nie memang cukup banyak kedai-kedai yang menjual macam2 jenis cenderahati, beg, kain, pakaian dan barangan elektrik. nak yang ori pun ada yang copy pun banyak pilih jer mane yang berkenan. Disebabkan niat memang nak membeli belah jadinya kiteorang rancang nak jalan2 area bandar Ho Chi Minh City jer... 
Peniaga buah nie tdo kat sini tau...
Dari hotel sampai la ke Bent Thanh Market memang banyak orang meniaga buah-buahan. Macam2 buah boleh jumpa. Yang bestnya buah-buah kat sini memang bersaiz XXL. Buah ciku kalau kat tempat kita paling besar pun sebesar bola tenis tapi kat sini saiznya dua kali ganda. sempat gak beli beberapa biji buah nona, buah naga dengan tembikai. Sebelum itu memang dah perasan yang pihak hotel sediakan pisau dan pinggan.
 Bent Thanh market jer dah banyak kedai-kedai muslim yang berketurunan melayu-camp. Macam kedai hajah Basiroh, Aisyah Collection dan macam-macam lagi. Memang Che Ya gile terus sampai sini rambang mata nak pilih kain cotton n baju kurung siap bermanik dan lace. Yang buat Che Ya lagi mereng nie harganya memang tak terjangkau dek akal. Bagai langit dengan bumi, pelagi ye perumpamaan yang boleh diguna pakai??? Memang sangat murah... OOoo masa membeli belah kat sini kami guna duit ringgit jer. Sebab lagi murah berbanding guna dong. Kalau guna dolar lagi murah. Rasa rugi lak tukar duit dong banyak2. 

Jus tembikal & Mangga... Gelas besar dan mcm jug jerkan 
Kedai makanan halal pun banyak, mula2 sampai kiteorang makan kat kedai makan Hajah Basiroh. Menunya totally masakan melayu Malaysia. Memang boleh layan cuma tak banyak pilihan jer. Redha jerla... Malam sebelum balik Malaysia kami makanan kat sebuah restoren masakan arab. Tak sedap... Mungkin depa masak ikut taste sini. Lamp chopnya x kena langsung dengan Che Ya. Tapi just buah dia memang superb betul2 dari sari buah tak campo dengan air pun. Gelas pun besar....  
2nd day kat HCM kami jalan2 area Bandar... Kebetulan malam tue kiteorang jumpe dengan sorang tourist guide yang berbangsa melayu-camp. Alhamdulillah selesai masalah komunikasi kat sini. Kalau dengan peniaga tu boleh la depa sikit2 cakap omputeh + melayu. Tapi kalau naik teksi nak mcm ner nak tunjuk jalan semua. Tu semua backup plan sebab Che Ya dah siap2 print peta kawasan HCM termasuk tempat yang kami nak gie. Tapi bila ditakdirkan bertemu dengan Abdullah nie, Alhamdulillah settle semua. Kiteorang dah siap2 bincang dengan Abdullah pasal esok nak gi mane jer. kebetulan dia memang bawa beberapa orang Malaysia. Jadinya trip selanjutnya pergi secara berkumpulan.
Tempat pertama yang kiteorang lawat ialah kawasan perkampungan muslim. Rumah-rumah depa nie kecik jer tapi meninggi. Abdullah cakap hartanah kat Vietnam sangat mahal. Sebab tue penduduk sini kebanyakkannya naik moto jer. Depa lebih pentingkan rumah. Hanya orang yang betul2 kaya jer yang mampu berkereta. Rumah depa bukan setakat jadi tempat menginap jer tapi kebanyakkan jadikan kedai makan dan kilang membuat pakaian. Jual kain n baju pun kat rumah. So kalau nak murah beli2 baju mai datang keperkampungan nie. Bukan kampung pun kira macam rumah teresla kalau kat tempat kita. Cuma saiznnya berbeza. Kat sini sambil membeli belah, sempat jugak kiteorang melawat masjid n penduduk kat cini. sambil2 tu berkenalanla dengan kawan2 baru. Wah orang2 yang hebat rupanya depa semua nie.

Rumah kedai... tinggi dan kurus jer bangunannya
 Kat celah-celah bangunan nie de satu lorong yang bawa ke kawasan perumahan masyarakat Vietnam

Rumah kedai

Kedai makanan halal kawasan perumahan.
 TIme nie kedai nie tutup ownernya balik kampung sambut CNY.

Masjid

Ahli rombongan Che Ya
 Brader baju putih tu namanya Abdullah... Tourist guide kiteorng. Yang kat tengah tu cinta hati yang baju hitam tu bekas atlet olahraga kebangsaan kita cer korang teka sape??? Pernah sumbang pingat emas untuk negara tau.


Masyarakat melayu camp.. Duk duduk2 depan masjid sambil tuggu waktu semayang jumaat.

Bihun sup...
 Memang super sedap, selain bihun ble makan dengan mee kuning or mee laksa. Yang bentuk ovul tu telur pindang ye kengkawan tapi depa rebus dgn kicap jer. Nak tanya bebanya tokey kedai x berapa fasih berbahasa melayu.


Lepas tue kiteorang terus ke Muzium Perang @ War Reminant Muziem. Lokasinya masih di HCM. kat sini merupakan muzium yang berkisarkan kisah perang Vietnam-Amerika. Selain kenderaan yang digunakan masa perang. Kesan2 tinggalan perang pun banyak. Sedih tak mo citer dah... Sob sob sob
Posing2

En atlet dan isterinya... Pensyarah UKM

Cinta hati
Minat giler cinta hati beta nie dengan sampan nie... siap nak bw balik kem dia jerk... Nasib kne tahan dgn pak guard Muahahaha.

Peluru yang tak meletup masa perang
Cer bayangkan peluru besar gedabak tu jatuh... Macam mane la kesannya nanti.



Kesan perang Vietnam Amerika
Disebabkan kiteorang nak rasa macam pelancong yang jalan2 sambil bawa beg tue. So kiteorang setuju untuk jalan kaki jer masa nak menuju ke Pejabat Pos Saigon. Sambil berjalan sambil menikmati suasana HCM. Bandar yang bersih, cantik dan hijau. Sepanjang jalan menuju pejabat pos, laluan yang kiteorang lalu memang redup. Disebabkan pokok2 yang ditanam ditepi2 jalan. Jadi tak la rasa panas sangat. Cuaca kat HCM nie panas dan kering ye beza dgn tmpat kita panas dan lembab. Lalu kat taman2 reakreasi yang penuh dengan bunga2 yang cantik. Patutla pelancong omputeh suka jalan kaki.... Sebabnya memang cantik kawasan nie.



Cantiknya... Rasa nak baring ajer

Abdullah kata ini istana gabenor dulu2



Istana gabenor... Tak larat nak masuk tengok dari luar jer. Kakak2 semua nie dah tak larat nak menapak.

Cenderamata kertas... Cantik

Super cantik... 
Mahal tau regenya... nasib ambik gambo free jer.

Pejabat Pos HCM

Pejabat Pos Saigon di bina masa Perancis masih kat Vietnam, arkitek bangunan nie sama dgn arkitek Eiffel Tower... Dalam bangunan nie memang banyak cenderahati yang dijual. Tapi regenya mahal sikit la...

Bangunan berbata merah tue Gereja tau
Berhadapan dengan pejabat pos nie lak Saigon Notre Dame Basilica atau pun Gereja. Menurut Abdullah gereja nie merupakan yang pertama kat Vietnam. Dibina masa zaman Perancis de kat Vietnam dulu... See cantikkan, memang kerajaan Vietnam jaga elok bangunan sejarah nie untuk tarikan pelancong.

Hard Rock Cafe HCM
 Bergambar kat Hard Rock Cafe Ho Chi Minh City wit kakak2 cantik... Depa nie pensyarah UUM n USIM... De sape2 yang kenal cikgu kome nie.

Jalan2 kat exclusive area Ho Chi Minh City, kawasan nie memang banyak butik2 berjenama. Macam Coach, Prada, LV n mcm2 lagi... Kiteorang jalan kaki jer dari hotel. Sepanjang jalan sangat meriah ok... Hari nie kan hari ke 2 CNY so macam2 festival de... Penuh jalan2 dengan masyarakat tempatan dengan pakaian tradisional. Sayangnya banyak shopping complex tutup.... Arhhh!!! Geramnya.
 Time jenjalan tue terjumpe satu benda pelik kalau kat Malaysia. Kalau jadi nie kat Malaysia mesti dah msk Buletin Utama TV3. Dan terukla TNB kena hentam....

Kabel elektrik

Selirat kabelnya... Burung pun tak brani bertenggek

Dan de satu lagi... Kalau kat Malaysia utamanya di tukar dari motor ke motokar

Jem motor

Okla... Di sebabkan time kiteorg jenjalan nie CNY jadinya tak dapat pergi banyak tempat la sebab banyak tempat yg tutup contohnya mcm Rusia Market... Tak pe next time mane yang tak terpegi tu Che Ya repeat blk.... Hehehe






Time CNY masyarakat HCM suka berkumpul kat bandar... Malam2 de pertunjukkan opera n nyayian... best giler time malam kat sini memang happening giler... 

Dah abis idea n gambo... Kang pergi lagi Che Ya share lagi tempat2 n gambo2 ye.

Assalamualaikum....

4 ulasan:

nik ros berkata...

bestnyer che ya dpt jln tempat org. terliur tgk air tu.sedapnyer .

Tanpa Nama berkata...

Salam, Ada tak e-mail, phone or wassup En Abdullah ni...

Tanpa Nama berkata...

Assalammualaikum... boleh sy dapatkan contact no utk tour guide En abdullah? Email ke juliana_majid@yahoo.com.... TQ..

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum, boleh tak bagi contact number en. Abdullah tu. Please.....