Isnin, 24 Mac 2014

LADANG TEH BOH SRI CHEEDING, BANTING

Salam sejahtera,

PRAY FOR MH 370

Time korang baca tajuk entry nie mesti pelikkan... Bukan ladang teh kat kawasan sejuk jer ke? Meh baca sampai habis entry nie. mesti korang teruja sama mcm Che Ya. sambil- sambil tue layan barang secawan dua teh boh erkk...


Sejah 4 tahun bermastautin kat banting, nie la 1st time berkesempatan tinjau ladang teh kat sini. Dalam otak dah duk imagine ladang teh macam kat Cameron tue.Bila semalam nenek n hubby nak pergi kebun untuk ambik pisang n lengkuas so Che Ya teruja nak ikutla. Sebabnya teringin nak tengok ladang teh kat kawasan yang bukannya bercuaca sejuk dan berkabus, panas dan berjerebu der la.

Sebelum sampai ke kebun nenek memang akan lalu ladang teh Boh nie, cuma dapat tengok sikit jerla sebab sampai kat simpang ke kiri jalan ke ladang teh dan ke kanan jalan ke kebun... Disebabkan niat asal nak pergi kebun so dapat tengok pokok2 teh di celah2 pokok sawit. Kira pokok sawit nie macam pagarla.


Dari simpang jalan besar Banting ke ladang teh nie ambik masa lebih kurang 4km. Rupa-rupanya ladang teh nie telah beroperasi sejak tahun 1927 lagi. Ia di usahakan oleh BOH PLANTATIONS dengan berkeluasan 210 ekar. Keistimewaan ladang teh ni, ia di tanah di kawasan rendah dan bersuhu sederhana.Yang lagi menariknya kat sini pokok-pokok tehnya di taman berselang seli dengan pokok kelapa sawit yang pertama di dunia.




Kilang Teh
(Gambar -gambar di ambil dari website MDKL)

Selain ladang teh, ada gak kilang proses daun teh dalam ladang nie. Selain daun teh dari kawasan nie, kilang nie gak proses teh dari Cameron.

Untuk sesape nak pergi ladang teh nie senang boleh akses SKVE kuar kat exit Teluk Panglima Garang. Ambik arah ke Banting nanti korang akan tempuh jenjarum... Pastu depan skit jumpa la simpang ke Sri Cheeding belah kiri Terus je sampai korang jumpa dengan Ladang Teh Boh tue belah kiri. kalau dari jalan besar tue memang tak terfikir pun dalam tue de Ladang Teh... Kalau nak beramah mesra dengan masyarakat orang asli pun boleh. Sebab de sebuah perkampungan orang asli moden kat sini. Selain tue ble bawa joran sekali de kolam memancing.

Habis bab ladang teh, skang Che Ya nak selit sikit pasal kesedaran memelihara alam sekitar. Sangat terkejut dan sedih bila terpandang kawasan-kawasan ladang, hutan n semak samun yang terbakar semasa perjalanan ke kebun nenek. Ok, so Che Ya taula pe sebenarnya penyumbang terbesar jerebu teruk kat Banting baru2 nie. Apa yang Che Ya perati mungkin de satu dua kawasan yang terbakar disebabkan panas terik tapi kebanyakkannya sengaja di bakar untuk aktiviti pertanian. Dengan alasan untuk suburkan tanah. Dah la kawasan tue tanah gambut, de kawasan yang masih berasap2 keluar dari tanah... Belum lagi bukit2 yang ditarah untuk tujuan pertanian n komersial. Sedar x yang alam nie semakin menzahirkan amarahnya. Di sebabkan tangan-tangan kita sendiri....

Adios Amigos....

4 ulasan:

nurul husna berkata...

bilalah dpt gi banting jumpa ko yer...hehe

nik ros berkata...

wah menarik.ingat kat cameron jea ada ladang teh.

Ummi Shafeha berkata...

Haah Nik x yah jauh2 g cameron... g Banting jer pn da ble

robiatul sapiai berkata...

Nak tanya, ada contact number kilang tu tak?