JALAN-JALAN - HO CHI MINH CITY

Salam Sejahtera,

Rasanya trip ke Medan baru jer publish now trip ke Ho Chi Minh City lak, selang antara trip plak tak sampai 2 minggu. Allhamdulillah di beri kesempatan melancong ke negara orang lagi. Kali nie jauh sikit walau masa perjalanannya lebih kurang ke Bandung.

Di sebabkan masa nie jer encik suami de kelapangan masa sebelum kursus-kursus dibawah kem seliannya bermula. Walaupun dah tau date yang kiteorang pergi nie tak berapa nak sesuai disebabkan musim perayaan CNY. Seperti biasalah Air Asia menjadi keutamaan. Di sebabkan harga tiketnya yang lebih murah berbanding syarikat penerbangan lagi lagi musim perayaan nie. Sesampai LCCT lagi dah mendera mental n fizikal.... Disebabkan esoknya CNY maka LCCT sesah tak ubah mcm station bus, setiap selang 2 ke 3 saat akan de pengumuman penerbangan. belum lagi umat manusia yang ramai giler nak duduk pun susah cari tempat belum lagi Q panjang nak masuk toilet. Huh!!! Jarak flight landing pun boleh tahan jauhnya nak menapak... Belum lagi disuruh patah balik bila flight alami masalah teknikal. Dugaan!!! Tetap tak hilangkan semangat bercuti ke Ho Chi Minh City.

Walaupun nie bukan la percutian ke luar negara yang pertama tapi dah berkali-kali nebes tetap de, lagi-lagi main redah jer. Stakat baca2 pengalaman orang yang pernah pergi sana. So sape2 nak ke HCM n tak tau sangat tu digalakkan membaca blog2 yang de cerita pengalaman g sana memang banyak tapi tak semuanya boleh digunakan. Apa yang kita dapat melalui pembacaan takkan sama dengan pengalaman. 

Bahagian dlm airport (sumber gambar google)

Bahagian luar airport (Sumber gambar google)

Airport kat sini jauh lebih lengang kalau nak banding kat LCCT dan lebih cantik daripada kat Bandung. Tak perlu nak berjalan jauh pergi ke flight. dah macam KLIA jer rupanya. Pegawai Imigresen n kastam kat sana memang tak mesra alam. Senyum pun kelat. Mungkin pihak gov sana perlu titik beratkan tentang benda nie. Airportkan pintu masuk negara jadi kalau orang sambut tetamu muka macam nak makan orang jer agak2 lepas nie de tak yang nak datang lagi. Sama jugakla dengan airport kat Malaysia pun sebab pernah terbaca pasal layanan buruk pegawai Imigresen kita kat Aiport pada tetamu-tetamu kita dari luar. Sampai depa bersumpah takkan jejak kaki kat Malaysia lagi. Kan rugi kita padahal depa datang nak melancong untuk jana pendapatan negara.

Teksi ni paling good service

Untuk mengelakkan ditipu pemandu teksi sekiranya hotel yang korang book tue tak sediakan transport better korang pergi kaunter taxi. Kat pintu keluar airport tu sebelah kiri ada kaunter untuk teksi. Uols digalakkan menulis alamat hotel untuk senang depa tau nak g mana. Sebab depa tak berapa paham n reti bahasa Inggeris apatah lagi bahasa melayu. Kalau de yang reti pun tak berapa pahal telornya.... Bayar harga teksi kat kaunter gak pastu dia tunjuk teksinya yang akan bawa kita. Duduk diam diam dalam teksi tu sambil tengok pemandangan HCM kalau rajin nak beborak dgn driver teksi tu pun boleh tapi mungkin korang akan jadi macam ayam n itik.

Pemandangan di sepanjang jalan

Tempat menghilang penat lelah.

Kami menginap kat Lavender Hotel, lokasinya betul2 berdepan dgn Ben Tahn Market. Kawasan nie memang kawasan tumpuan pelancong. Memang meriah giler lagi2 musim perayaan. Depa sambut CNY memang havoc giler. Lebih meriah dari sambutan kat Malaysia. Shopping Complax totaly tutup. Tapi kawasan perlancongan n tarikan lain buka. Kalau pergi HCM korang akan jumpe pelancong orang putih n Malaysia. Yang putih tinggi pastu seksi tu compem orang putih dan  yang bertudung kulit sawa matang tu compem orang Malaysia la kan disamping.

meh layan gambar2 nie dulu yer

Pengangkutan utama penduduk tempatan "motosikal"

Penjual buah buahan
Kedai buah berhadapan Ben Tahn Market nie 24 jam open, Che Ya tak tau bila depa nie tdo. Pukul bapre pun datang compem buka.

Berjalan-jalan di 'Malaysian Street'.
Kat jalan nie tak ubah macam jalan TAR rata-ratanya orang melayu Malaysia. So jangan buat-buat terkejut ok. Kat Jalan nie de 2 hotel yang memang jadi tempat orang Malaysia menginap kalau datang Ho Chi Minh City. Selain harga hotel yang murah, restoren halal yang makanannya ala2 Malaysian Food.
Nah tengok
Nah tengok nie, betul tak... Siap de warung satu Malaysia lagi. So x yah la riso bebeno dgn makanan halal kat sini. Memang banyak, tapi regenye ermmm... Bayangkanla kalau mee sup rm 8.00 semangkuk.


Sangat berwarna warni time CNY.

Jem motosikal.... kat cini jer de

Okla next enty Che Ya akan share tempat2 yang wajib di lawati kalau nak shopping atau pun nak jalan2.

Adios Amigos



Ulasan

Unknown berkata…
bestnya ...fobia naik air asia...sbb kalau hujan bgegar dlm tu...pasni nak try firefly lak
saleha berkata…
Alhamdulillah memang best... lg2 kaki shopping. Tula memang gegar tak ujan pun cukupla kalau langgar awan. Teringin gak naik firefly tp firefly kebanyakan penerbangannya domestik pastu naik kt Subang. Mcm jauh pulak nak g sane...
leeyanasir berkata…
akk best nye..liya teringin nk g sane! akk g by pakej ke?
saleha berkata…
Akk g sendiri berdua jer dgn suami. Lagi jimat, kalau nak g berjalan jauh bru ambik pakej kt situ. Kalau stakat nak shopping nk jalan2 dkt2 situ jer x yah. Lagi pun kt sana ramai org Malaysia tanya jer... Tak pun g sesame depa ble tong tong duit teksi. Akak ri tu tu papakt2 dgn beberapa org Msia yg kenal kt sana. G sama2, makan pun ble tong tong jimat sikit. Makanan halal kat sana mahal.
Atira berkata…
menarik dengan perkongsian ini. saya bercadang nk ke sana juga tapi dengan 2 orang anak. tak tahu ler cmner nasib nanti. harapnyer semua berjalan lancar.

azravitamin4u.blogspot.com
Atira berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
eena berkata…
assalammualaikum nk tye..lavender hotel ni sebaris dengan basiroh restoran ke?
haidar berkata…
Salam..
Boleh hubungi Abdolloh, seorang tourist guide muslim berbangsa Melayu Champa dan fasih berbahasa Melayu utk sebarang pertanyaan mengenai pakej atau sbrg lawatan di Ho Chi Minh (Mekong, Chu Chi Tunnels, tmpt2 shopping, tmpt2 menarik di hcm dll). Dijamin berpuas hati..

No Hp / Whatsapp: +841269930648
Fb: Loh Aeda
Email: abdollohvet@gmail.com
Tq..

Catatan popular daripada blog ini

PETUA DUDUK ASRAMA

JAKARTA

CUTI-CUTI MEDAN Part 1