Jumaat, 14 Februari 2014

TANDA CINTA ALLAH

Salam sejahtera...

Salam jumaat, Alhamdulillah atas rahmatnya bumi Banting smalam dibasahi hujan. Walaupun sekejab dan tak la lebat sangat tapi Alhamdulillah sekurang-kurangnya sejuk sikit la malamnya.

Antara tanda Allah sayang dan ingat kat kita bila Dia hantar dugaan dan ujian kepada hambanya. Setiap orang tu Allah uji dengan rintangan dan dugaan sesuai dengan kemampuan hamba diri. Apa yang mampu kita buat bersabar dan terus berusaha untuk mengatasinya. InsyaAllah de jalannya... Macam lagu Maher Zain lak...

Mudahan-mudahan Allah terus beri Che Ya kesabaran untuk terus berusaha mengatasinya.... Setiap ujian tue ada hikmahnya. InsyaAllah... Rasa macam berat sangat ujian yang Allah beri nie, mula-mula dulu tersedu sedan jugakla tapi Alhamdulillah Allah beri kekuatan, Allah utuskan hambanya yang dapat membantu... Pe yang Cek Ya nak kongsi nie hanya sekadar untuk perkongsian dan mudah mudahan boleh menberi pedoman kepada orang lain.

Rasanya mungkin ade orang lain pun pernah mengalami pe yang Cek Ya alami nie, berkenaan benda2 ghaib nie. Mula-mula dulu sebelum terkena nie memang tak percaya kewujudannya. Tapi bila dah terkena baru terkedu...Cek Ya tak berani nak cakap pe yang Cek Ya alami nie berpunca dari sifat hasad manusia ataupun daripada makhluk Allah itu sendiri yang suka. Sejak sebelum berkahwin lagi masa tu baru bertunang. Memang pertunangan kami hampir putus akibat kejahatan makhluk Allah nie tapi Alhamdulillah jodoh kami memang tertulis di Luh Mahfus... Merata dah Cek Ya berubat dari Darul Syifa di bangi, Ustazah di semenyeh, Pengamal perubatan di Taiping sampai la dengan seorang imam di Ipoh.Setiap pengamal perubatan yang Cek Ya pergi dengan pelbagai cara dan andaian. De yang kata buatan orang, gde pulak yang cakap hanya menumpang dan ada jugak yang cakap makhluk Allah tue memang suka Cek Ya. Kat sini Cek Ya berpegang pada prinsip, semua ini main syaitan untuk menyesatkan manusia. kalau buatan orang cek Ya tak nak tau siapa punya angkara atau tak tau mengapa mahkluk Allah itu mengganggu Cek Ya. Apa yang pasti ia adalah ujian Allah... Mudahan Allah memberi hidayah kepada mereka untuk bertaubat....

Tapi semuanya tak berakhir kat situ, selepas berkahwin pun masih diganggu jugak. Sebelum meneruskan niat untuk berkahwin Cek Ya dah tau nie la yang akan Cek Ya tempuh jika memilih dia. Tapi ini lah yang Allah tentukan untuk Cek Ya maka ini lah ujiannya... Walau Cek Ya tau ia memerlukan pengorbanan mental dan fizikal.

Baru-baru nie MIL Cek Ya terkena lagi kejahatan makhluk Allah nie, sampai masuk wad. Bila doktor cek semua ok, jadi kami dah tau dah apa puncanya. Cek Ya dan suami sepakat bawa MIL tinggal bersama kami sepanjang dia tak sihat. Alhamdulillah berbekal pengalaman handle pelajar yang terkena histeria jadi Cek Ya bawa MIL ke Darul Syifa Olak Lempit.... Alhamdulillah berkat ilmu Allah yang ada pada para perawat MIL beransur pulih.

Semasa ulangan rawatan, adik ipar pun berubat sama tak terkecuali Cek Ya. Rupanya makhluk Allah tue masih tak putuh asa. Alhamdulillah kami beransur pulih.... Biarlah ini jadi yang terakhir. Sebelum nie memang berkali-kali gangguan datang. Cuma kali nie Cek Ya sarankan untuk bawa MIL ke Darul Syifa yang Cek Ya lebih percaya dan yakin. Pengamal-pengamal perubatan yang merawat keluarga MIL sebelum nie Cek Ya tak berapa yakin dan sangsi dengan kaedah yang digunakan. Ada juga bersuara dengan suami tapi dia kata agak susah untuk yakinkan mereka akan kesangsian Cek Ya nie. Tapi Alhamdulillah, dugaan kali ini membawa 1001 hikmah. Walaupun pahit tapi Cek Ya terpaksa juga cakap dgn MIL tentang semuanya untuk kebaikan bersama. Alhamdulillah dia percaya.... Cek Ya minta semua tangkal atau apa saje pemberian daripada pengamal perubatan sebelum ini dibuang dari rumah MIL. InsyaAllah setelah selesai renovate rumah kami akan jemput salah seorang perawat dari Daril Syifa untuk membersihkan rumah.... 

Apa yang Cek Ya nak sarankan agar berhati2 memilih pengamal perubatan. Pilihlah yang diyakini benar-beanr mengikut landasan syariah. Niat tak menghalalkan cara... Hanya 30% sahaja perawat boleh membantu lagi 70% adalah datang daripada kita sendiri. Benteng diri dari segala jenis sihir dan gangguan adalah dari amalan kita sendiri.... InsyaAllah.

3 ulasan:

nurul husna berkata...

saleha...ko tak follow blog aku lg weh...

http://permatahusna.blogspot.com/

Ummi Shafeha berkata...

blog baru ke

Ummi Shafeha berkata...

blog baru ke