Khamis, 13 Februari 2014

CUTI-CUTI MEDAN part 2

Salam sejahtera,

Sambung balik cerita tentang Medan... Hari ke-2 berada di bumi Sumatera Indonesia, perjalanan diteruskan dari Berastagi ke Medan. Masih macam sebelum nie sepanjang perjalanan yang memakan masa lebih kurang 2 jam nie kiri kanan jalan memang korang akan dihidangkan kehijauan alam. Semakin jauh perjalanan semakin sesak jalan, pemandangan kalau sebelum nie hijau jer dah berdebu. Semakin hampir dengan bandar semestinya semakin banyak kenderaan...

My MIL teruja sangat, sepanjang perjalanan memang banyak banyak gerai-gerai nie. Sebab tak pernah jumpa kat Malaysia. memang berlambak tepi jalan. kat sini penduduknya menganut pelbagai agama. Yang terbesar Islam dan kristian, jadi tak heran la gerai nie byk jumpa. Cuma kat Malaysia kalau ada pun tak la terpampang menu macam nie. Tak tau la plak kat Sabah n Serawak sebab tak pernah pergi.

Gerai niela
Tapi jalan la risau sebab banyak sebenarnya gerai yang halal, cuma kena pandai pilih... Seelok-eloknya gunalah perkhidmatan supir yang beragama islam. Sebab dia lagi tau tempat mana nak makan dan faham istilah halal tue. Tak semestinya tak de b*** n arak tu dah kira halal. Sebab pernah terjadi pelancong kita yang termakan daging nie.

Kenderaan kat sini kebanyakkannya gunakan MPV... memang susuah nak jumpa dengan kenderaan bersaiz kecik nie. Tapi bila dah masuk area bandar baru la bolej jumpa suzuki swiff. Jalak perjalanan dari satu bandar kesatu bandar sangat jauh. Di tambah dengan keadaan fizikal jalan rasanya nak bawa 80km/j pun pikir 100x. Kami menginap di Grand Swiss Belhotel....Hotel yang bersekali shopping mall, kalau-kalau boring boleh la jalan-jalan kat mallnya. Padahal tak sempat pun, last day b4 gerak ke airport baru berkesempatan jalan-jalan lepas breakfirst.

Grand Swiss Bell Hotel
 Sampai hotel jer dah dekat kul 5.30 petang, jadinya acara malam tu makan-makan jer. My Bucuk suggest nak makan seafood so kitaorang pun g la sana... Cakap jer kat pak supir compom sampai.Pe nama restoren tu memang Che Ya tak ingat nak snap gambar pun tak ingat ingat kat perut yang dah kebulur jer hahaha... menu special yang di oder Kepiting, udang galah sayur kailan dan pe ye lupa lagi. Hehehe

Hari ke tiga di Bandar Medan. Misi shopping pun bermula, tp Medan bukan la tempat shopping yang popular. Tapi still de barang yang menarik dan berharga lebih murah berbabding kat Malaysia... Untuk yang gila dgn batik bolehla survey kat sini Pasar Ikan. Pasar ikan bukannya jual ikan ye. Tapi jual macam2 barang terutama pakaian, kain batik, telekung dan lain2. Ala lebih kurang macam Jalan TAR... Sila berhati2 dengan penyeluk saku, pengemisnya juga banyak.... Jadi kalau nak sedekah silakan, tapi kena carefull. Penjual kat kaki 5 juga berlambak, korang boleh beli kat depa nie tapi kena pandai2 tawar ye. My Bucuk siap tempat seluar 3 pasang lagi. Well, jgn percaya sangat dengan janji depa nie. Semata2 nak kaut untung jer...

Selesai shopping disekitar Pasar Ikan nie, kite orang gerak ke butik Polo, wah time nie sale kot.... Masa yang tepat untuk merembat barang seketul dua hehehe. Lepas tue kami gerak ke Sun Plaza, disebabkan Pak Supir bergegas nak semayang jumaat jadinya kami merayap dalam Sun Plaza jerla. Disebabkan MIL teringin mkn bakso asli dari sini. Akhirnya jumpa gak satu kedai bakso yang super sedap. Pelayanya beketurunan jawa, dengar masa depa berborak... Ingat Che Ya tak paham ke? Nak marah2 plak... Nasib de pak supir yang ala2 gengsters kecut kau.

Malam tu still makan sea food jugak tapi kali nie menunya lebih asli Medan kata pak supirla. X kisahla janji kenyang.... Di sebabkan esok last day kat Medan so malam kena blk hotel awal untuk kemas2 mane yang patut.

Pagi2 Sabtu tue saja suh Pak Supir ambik lewat dalam kul 11 sebab flight kul 1.50 ptg. Kata tokey kedai seluar tu nak antar seluarnya ri nie tapi tak muncul2 gak... Terusla kami g kedainya rupa2nya tak siap gak... Dengan janji akan dihantar terus ke airport. Gara2 tunggu seluar di airport nyaris2 kami terlepas flight. Tu pun tak sempat gak dpt seluar.... Daripada rugi duit beli tiket lain baik rugi duit wat seluar.... Nasib Pak Supir tlg ambik seluar tue pastu passing kat pelancong lain yang guna perkhidmatan dia... Kami just ambik kat LCCT jer nasib airport dekat jer dari umah 20 minit jer. Gagah gak la ambik kat sini.

Tunggu next entry Liburan ke Ho Chi May City lak yer....




9 ulasan:

leeya berkata...

teringin nk g trip kat sane..akk amik pakej macam mane? pakai agent ke?

Ummi Shafeha berkata...

akk x pakai pakej tapi suami akk selalu g sana. Tu yang kenal supir kat sane. dia uruskan semua skali termasuk penginapan. Kita just kuar untuk duit makan dgn shopping jer. Yang lain2 byr bayar time sebelum nak g baink in terus kat supir tue. Senang sebab dia lg tau ner yg ok.

::EIDA:: berkata...

eh eh ida baru je habiskan entry medan. awak pun pergi medan yekkk.. hehhehee

Ummi Shafeha berkata...

Eida : best kn kang kita g lg nak hehehe

Irfa berkata...

salam tuan rumah
singgah sini masa mencari info tentang cuti2 ke medan

alamak, ada potensi kena tipu ke?
risau gak ye

Ummi Shafeha berkata...

Salam Irfa: Memang ada potensi bila kita tak tau pe2 pasal Medan tapi kalau guna supir or tourist guard InsyaAllah x... Biasanya hotel yang kita menginap de pakej jalan2 sekitar Danau Toba, Berastagi. Boleh guna perkhidmatannya... Kalau setakat nak jalan2 kat sekitar Bandar Medan boleh guna teksi jer... Make sure taksinya guna meter... Kalau nak beli T shirt yg tulis 1 love Medan better beli kat Istana Maimon kat sana lagi murah n boleh tawar harga lagi rendah. Termasukla keychain n pe2 cenderamata.

isabella idura berkata...

Salam,saya nak tanya. Boleh ke kalau kita pergi ke medan tak guna khidmat supir? Dengar cerita lagi rugi x guna supir. Sebab perbelanjaannya sama saja.

Tanpa Nama berkata...

boleh tak share contact tourist guide kat sana? tqtqtq

Cikgu Jamaruziana berkata...

Boleh beri nombor telefon supir? saya nak pergi April nanti.