Khamis, 17 Oktober 2013

Ward 6D

Salam sejahtera,

Ward 6D-Pediatrik Kardiologi Hospital Serdang

Alhamdulillah, minggu lepas Cek Ya di beri peluang untuk melangkah kaki ke hospital Serdang. Sebenarnya setiap 6 bulan sekali memang rutin bawa adik bongsu, Iqbal untuk pemeriksaan jantung berlubang @ Kecacatan septal atrial (ASD). Selepas beberapa rutin rawatan doktor bagi tarikh untuk pembedahan pada 8 Oktober 2013. Sehari sebelum tue, Iqbal kena masuk ward dulu untuk pemantauan kesihatan sebelum operasi. Bayangkan dari pukul 1.40 tghari - 5.30 ptg baru selesai prosedur. Teknik pembedahan untuk kes Iqbal nie di panggil pembedahan Keyhole. 
Kalau nak tau lebih lanjut boleh baca kat sini.
Selepas operasi selesai Iqbal terus dipindahkan ke Ward 6D Padiatrik Kardiologi, section Iqbal semua untuk kanak-kanak dengan kes Kardiologi @ pun masalah berkaitan jantung. Alahai rupa-rupanya ramai yang senasib Iqbal. Walaupun berbeza usia, jantina, kaum dan agama tapi mereka nie berkongsi nasib yang sama.

Iqbal selepas pembedahan 
Iqbal dah baik sikit
 Katil Iqbal tepi sekali bersebelahan tingkap. Sebelah kanannya sepasang bagi kembar perempuan berbangsa India. Sarjana dan Sarjena, comel sangat. Si kakak Sarjana, sangat suka tersenyum. Tak kira sape pun yang dukung dan agah mesti terkekek-kekek. Sarjena pulak lebih buat hal sendiri dan banyak ragam.
 Katil depan Iqbal pulak Sabrina baru berusia 5 tahun mengalami masalah lubang pada injab jantung. Tak banyak ragam, suka main dengan Sarjana.... Terkekek-kekek sarjana kena agah. Berbadan kurus dan selalu kena usik dengan nurse dan doktor dek giginya yang rongak dan kehitaman. Puas kena pujuk untuk jumpa denties...Hahaha. 
 Opss de seorang lagi kawan Iqbal dalam section tue namanya Siti Nur Aisyah baru berusia 4 bulan. Sangat kesian Cek Ya tengok. Terpaksa bernafas dengan oksigen, saluran makanan dipasang pada mulut terus ke saluran ke dalam perut. Masalah jantung berlubang, tak pasti pulak kedudukannya tapi yang pasti ada 2 lubang. Satu bersaiz 3cm dan satu lagi hanya beberapa mm. Baru lepas buat pembedahan untuk menutup lubang jantung yang agak besar.

Nie la Siti Nur Aisyah...
Orang kata kalau nak tahu macam mana orang susah kena la pergi kat tempat-tempat orang susah, kalau nak tahu macam mana orang kaya kena la pergi kat tempat orang kaya. Kalau nak tahu macam mane orang sakit kena la pergi tempat orang sakit. Kat mana lagi kalau bukan hospital kan.... Kadang-kadang kita tak perlu jadi susah ataupun sakit baru nak tahu macam mana deritanya diaorangkan. Sesekali cuba langkahkan kaki kat hospital atau pun lorong-lorong kecil di celah bangunan-banguna tempat gelandangan. Barulah kita tahu macam mane kehidupan diorang nie. Kalau-kalau tak mampu bahu memikul mungkin masih mampu jejari menjinjing.... Oleh itu, hargai nikmat yang Allah kurniakan sekarang sebelum semuanya diambil kembali.

Cerita dari Ward 6D Hospital Serdang.

1 ulasan:

nik ros berkata...

btol la. ayah dan adik nik pernah masuk hospital dulu. tgk org yg duk hospital ni, buat diri rasa lebih syukur.