Kisah Sedih di bulan Ramadhan

Salam Sejahtera....

Di hujng-hujung Ramadhan nie baru sempat meng update blogku yang comot nie. Moga-moga Ramdhan yang masih berbaki nie kita gunakan dengan sebaiknya. Jangan asyik ingat nak raye ajer....

Orang kata kalau nak jadi lebih insaf adalah dengan berkawan dengan golongan yang kurang berkemampuan. Tapi Cek Ya selalu duk tertanya-tanya masih ada ke kat Malaysia nie orang yang mati tak makan. Yang mati terlebih makan adalahkann...

Kesempatan beberapa kali melawat negara jiran (Indonesia) sangat menginsafkan, disana kita akan nampak betapa gigihnya orang-orangnys, semata-mata nak cari sesuap nasi. Yang mengemis ramai, sangat kasihanmelihat  deorang nie. Tapi ibu-ibu supir dah pesan jangan senang-senang bagi duit kat depa nie. Antara sebabnya kadang-kadang depa nie dari sendiket pengemis. Macam kat Malaysia juga.... Tapi bagi Cek Ya kalau dah niat sedekah kerana Allah. Bagi jer la tak kisah la dari sendiket atau tak, kadang-kadang kita tak tau punkan. Lainla kalau terang-terangan kita nampak dia tue menipu. Sekurang-kurangnya niat kita tue Allah beri ganjaran untuk tabungan di akhirat nanti. Kalaupun dia menipu itu urusan dia dengan Allah swt.

Anak-anak kecil jadikan jalan raya tue padang permainan mereka. Dengan tidak berkasut, baju compang camping. Bila lampu isyarat tukar merah deorang start tadah tangan dari satu kereta ke satu kereta. Ada yang megendong adik kecil, ada yang berpimpin tangan, yang memegang gitar pun ada. Teringat pulak dengan Tegar penyanyi cilik yang asalannya hanya pengemis tue. Bila lampu isyarat kembali hijau deorang pun berlari ke kali lima sambung balik bermain-main. Sedihnya terbayang-banyang anak-anak Cek Ya nanti macam manalah.... Tapi hakikatnya mereka pun sebahagian dari kita sebangsa, serumpun, seagama dan yang pasti bernafas dengan dibumi yang sama. 

Itu cerita di negara orang yang mempunyai jumlah penduduk yang teramai di asia tenggara. Tapi cerita di negara sendiri tak kurang hebatnya. Duk Cek Ya tertanya-tanya ada lagi ke orang kita yang tak cukup makan, ternyata memang ada! Usah di pandang kuman diseberang laut hakikatnya gajah didepan mata tak diendah saja. 

Bekerja di tempat sekarang nie lebih mendekatkan Cek Ya dengan pelbagai golongan masyarakat. Kisah yang baru terjadi minggu lepas. Betul-betul meyentap perasaan... Seorang pelajar jatuh pitam di kelas, jadi mereka hantar di tempat Cek Ya untuk menghuni bilik sakit. Pada hemat Cek Ya, biasalah bulan puasa nie kadang-kadang pelajar nie tak bersahur. Sebab Cek Ya pun dulu sama, bila dah belajar hingga larut malam maka terlajak la waktu sahur. Bila di soal kenapa tak sahur, pelajar tu seakan berat mulut untuk berkata-mata hanya linangan air mata saja jawapanya. Seorang  pensyarahnya memberitahu pelajar tersebut terpaksa untuk menjimat duit. Teman pensyarah Cek Ya menhulur not RM kepada rakan pelajar tue untuk membeli roti. Manakala rakan pensyarah Cek Ya terpaksa beredar kerana kelasnya sedang berajalan. 

Cek Ya dan seorang rakan memujuknya supaya berbuka puasa sebab jam baru pukul 9 pagi. Kalau waktu segini dah pitam macam mana dia nak mengharungi sepanjang hari. Lagi-lagi hari tersebut adalah hari terakhir sebelum semua pulang ke kampung untuk berhari raya. Nasib teringat masih ada makan yang berbaki masa sahur tadi. Cek Ya bergegas pulang ke rumah untuk tapau dan beri pelajar tersebut makan.

Maka bermulala sesi bertanya dan meluah perasaan. Bila di asak beberapa kali baru la pelajar nie menceritakan kisah hidupnya. Wang elaun bulanan semua diberi kepada keluarga di kampung dan dia hanya mengambil RM40 untuk kegunaan harian. Makanan hariannya hanyalah nasi goreng yang dibeli waktu pagi dan di makan dua kali pagi dan tengahari. Besarnya pengorbanamu dik.... Takala rakan seusiamu menghabiskan rm40 untuk sehari tapi kamu mampu bertahan untuk sebulan. Bila ditanya juadah berbuka semalam, hanya bubur segera yang dijamahnya itu pun tak habis. Tentang persiapan raya bukanlah agenda penting dalam hidupnya. Baju raya terakhir pun dia tak ingat bila kali terakhir dibeli. Bagi dia mak dan adik-adiknya lebih penting. Kalau emak dan adik-adiknya tidak berbayu raya masa kan dia perlu ada. Kurus tubuhnya mungkin disebabkan tak cukup makan, sejuk tangannya tak cukup khasiat. 

Anak sulung dari empat adik beradik yang mana semuanya bersekolah, adakah cukup pendapatan bapa yang bekerja sebagai seorang pemandu. Peningkatan tarap hidup yang semakin ketara menambah lagi bebanan. Nasiblah dia duduk di kampung yang rata-ratanya kehidupanya sederhana. Kalau-kalau pun habis bekalan beras masih ada ubi yang boleh dijaman, masih ada pucuk-pucuk yang boleh direbus. Anak yang bijak lulusan MRSM yang sememangnya kita tahu melahirkan lulusan yang berpelajaran.... Kemiskinanya menjadi pendorong untuk dia lebih berusaha keras mengubah hidup keluarganya. Berutungnya mak dan ayah mendapat anak sebegini. Moga Allah menberkatimu Dik.....

Alhamdulillah Ramadhan ini sedikit sebanyak memberi sinar baru untuk dia. Melalui Felo kisah pelajar ini di panjangkan terus kepada HEP untuk bantuan. Bila difikir balik orang yang menuntut ilmu kerana Allah sama dengan fisabilillah. Jadi mereka layak menerima zakat lagi-lagi jika datangnya dari golongan miskin. Apa kata di bulan penuh keberkatan nie kita hulurkan sumbangan seikhlas mungkin. Kalaupun pun tak sanggup berkongsi bahu untuk memikul apakata kita ringankan tangan  untuk menjinjing. Moga-moga garis senyuman akan terukir diwajah-wajah mereka.

Ramadhan tiba penuh keberkatan,
Sedekah dan zakat meringan beban,
Salam dihulur tanda kemaafan,
Senyuman terpancar di bulan kemenangan.

Salam Ramadhan..... Salam Syawal.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PETUA DUDUK ASRAMA

JAKARTA

CUTI-CUTI MEDAN Part 1