Saya Telah Memilih

Salam sejahtera,
Alhamdulillah, selesai sudah tanggungjawab Che Ya untuk memilih... Siapa pilihan dihati? Tu rahsia la, kan undi adalah rahsia. Hehehe... Tapi yang pasti mestilah orang yang boleh diharapkan. 

Selaku rakyat Malaysia, Che Ya sangat berharap supaya wakil yang dipilih tak kisahla kat Parlimen dan Dun dapat menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan dengan jujur dan adil.... Kebajikan rakyat perlu diutamakan. Itu lah cara berterima kasih kepada rakyat yang mengundi anda semua... Dalam masa 5 tahun kami akan menilai anda dan menafsirkannya kembali dalam PRU14 nanti. 

Kepada semua rakyat Malaysia, tahniah kerana anda sudah memilih. Samaada pilihan itu terpilih atau tidak sekurang-kurangnya salah satu tanggungjawab kita dah terlepas. Dan sekarang tanggungjawab mereka yang terpilih plak untuk memikul tugas tersebut. Jangan mengeluh, jangan mengungkit kerana itu pilihan kita....  


Inai Biru (Selepas menbuang undi)
Selepas beberapa jam

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PETUA DUDUK ASRAMA

JAKARTA

CUTI-CUTI MEDAN Part 1