Sabar

Salam sejahtera, 
Alhamdulillah, diberi kesempatan menulis blog yang dah semakin sepi... Tumpuan lebih terarah untuk menulis dan berkongsi di blog Cek Ya yang satu lagi. Kepada mereka yang ber TTC tue, dijemput ke sana.... Kalau yang tak  tue boleh, dialu-alukan... Ape tue TTC? Biarla yang mengalami dan menempuhi jer tau. Diary hearty Saleha

Tinggal lagi sebulan lagi kita akan bertemu Ramadhan semua... Seronok sangat, bagi Cek Ya la kan... Bulan Ramadhan nie lebih seronok berbanding bulan Syawal sebenarnya. Mudahan Allah swt mempertemukan kita dengan Ramadhan kali nie.

Setiap kali solat, Cek Ya selalu minta pada Allah swt berikan Cek Ya kesabaran yang tinggi. Sabar dalam kemarahan, sabar dalam kesedihan, sabar dalam penantian dan sabar dalam ibadah. Dikala diuji hanya kesabaran dalam keimananlah yang menjadi benteng paling ampuh. 
Banyakan istifar, meminta keampunan daripada Allah swt. Berselawat keatas junjungan Nabi Muhammad saw serta berzikir. Adakalanya meletus juga benteng kesabaran tue. Tapi akhirnya Cek Ya yang akan menyesal. Kerana ia sebenarnya memperlihatkan kebodohan dan kedangkalan sendiri. Berhati-hati setiap kata-kata dan tindakan, kalau terlepas memang tak boleh diundur. Bak kata pepatah "Terlajak perahu boleh diundir, terlajak kata badan binasa". 

"Ya Allah berikan Aku kesabaran yang tinggi dikala ujianMu ini... Seandainya aku di zalimi, Kau  bukalah hati-hati mereka utnuk menerima kebenaranMu"

Ulasan

Nik berkata…
nik pun sama.setiap kali doa mesti doa moga Allah berikan kesabaran buat nik.

Catatan popular daripada blog ini

PETUA DUDUK ASRAMA

JAKARTA

CUTI-CUTI MEDAN Part 1