Makhluk Anggun

Salam Sejahtera,

Cek Ya nak sharing sikit pasal movie yang baru Cek Ya tengok sabtu lepas. Niat asal nak tengok citer lain tapi penuh plak.. So terpaksa la ambik citer lain. Masa duk tunggang tonggek kat kaunter tu nak cari citer lain, sah-sah la tak tau citer-citer lain pasal ape. So nak memendekkan masa penjaga kaunter tu menunggu kite orang, maka minta la suggestion dia pasal citer yang menarik. Siap dia citer sinopsisnya lagi pasal citer-citer lelain tu. Maka kiteorang pun membuat keputusan muktamad tengok citer BEUTIFUL CREATURES atau pun maksud mengikut subtitle MAKHLUK ANGGUN.
Citernya memang menarik, banyak adegan-adegan diluar jangkaan. Kebanyakan citer,Cek Ya dapat duga plot cerita dan ending tapi tidak untuk citer nie. Kesan khas sangat cantik dan agak teliti bagi pandangan Cek Ya la. Kalau korang peminat citer-citer fantasi Cek Ya sarankan korang tengok citer nie.
Adegan menarik dalam citer nie

Sinopsis

Kisah percintaan antara Lena (Caster) dan Ethan (Human).

Bermula dengan perpindahan Lena ke sekolah Ethan, bila semua pelajar dan penduduk di bandar nie meletakan Lena dan salasiah keturunannya sebagai ahli sihir yang mengamalkan ilmu jahat. Disebabkan pakciknya mengasingkan diri daripada penduduk bandar nie.

 Lena turut tinggal bersama pak ciknya yang juga dari keturunan yang sama. Menambahkan lagi perasa dalam citer nie bila mana Lena yang yang akan menyambut hari lahir ke-16 perlu melalui satu peristiwa penting yang akan menentukan nasibnya sama ada menjadi dark caster atau pun light caster.

Plot menarik dalam citer nie, dimana pertemuan dan percintaan antara Lena dan Ethan. Dimana mahkluk yang penuh kuasa dan makhluk yang penuh dengan keyakinan dan kepercayaan yang tinggi. Pertemuan mereka sudah di takdirkan dan seakan bayanganperistiwa lampau antara nenek moyang. Peristiwa yang membawa kepada sumpahan berpanjangan dari nenek moyang sehingga ke mak Lena. Mampukah Lena membatalkan sumpahan tersebut dan dipilih menjadi light caster atau meneruskan sumpahan menjadi dark caster pada peristiwa penting hari lahirnya nanti? Adakah cinta Ethan dapat membantu Lena? Macamana pulak dengan tanggapan penduduk bandar tersebut? Kenapa pulak Lena jadi rebutan antara pakcik dan maknya?
Tak sabar nak tau sila la ke pawagam... Tengok jangan tak tengok.

gaya mak datin tgk wayang
Nota cenonet:
 Kiteorang = Hani + K. Ayu + Nuyu+ Fizi
Lokasi = Alamanda Putrajaya (1st time pergi sini)




Ulasan

Cik Hani (CH) berkata…
cite yg menarik...yg jdi x menariknye bile org sebelah bnyk mulot mcm xpenah tgok wyg...potong mood btoll...
Mr. Doctor berkata…
hehe nak tunggu download ja boleh? Malas nak tngok dekat cinema...
Nik berkata…
cantiknya beg mak datin. suka la kaler beg tu

Catatan popular daripada blog ini

PETUA DUDUK ASRAMA

JAKARTA

CUTI-CUTI MEDAN Part 1