Rabu, 5 Disember 2012

Syawal Yang Sayu

Salam sejahtera,

Pray For All Muslims

Terjah menerjah blog rerakan blogger memang hari-hari Cek Ya buat, cuma nak menaip entry tu yang malas sikit oppss banyak sebenarnya. Tak sangka plak ada yang rindu nak baca entry tak seberapa Cek Ya. Terima kasih kat rerakan blogger dan silent reader byk beri galakkan. Semoga Allah merahmati kalian.....

Ohh!! sebenarnya entry nie tiada kaitan dengan hari raya walaupun tajuknya 'Syawal Yang Sayu'. Semalam Cek Ya sempat melawat anak sepupu suami kat Hospital Klang. Kunjungan kali nie tak seceria mula-mula Cek Ya bersua si comel berkulit putih yang berambut lebat nie. Tiada lagi pipi labuh melayut, yang tinggal cuma pipi yang agak cengkung. Tubuh si comel nampak benar susutnya.... Dalam keadaan tidur matanya tak betul-betul terpejam nampak pergerakan bebola mata.

Sayu hati Cek Ya bila pandang wajah polos si comel nie, baru dua bulan melihat dunia dan telah di sahkan mengidap jantung berlubang. Ikut cerita Kak Liza (ibu si comel), lubang pada jantung adalah sebesar 1.5 cm. Terkejut Cek Ya dengar, tiba-tiba teringat Iqbal. Tapi Iqbal lebih bernasib baik sebab lubang yang terbentuk pada jantungnya bersaiz kecil dan tak menjejaskan kesihatan dia buat masa sekarang. Opss lupa pulak, si comel nie namanya Mohd Syawal Akif.

Akif lahir normal macam kakak-kakaknya yang lain, menguruskannya pun senang. Cuma dia selalu tersedak susu. Dari sini lah dapat kesan yang dia menghidap jantung berlubang. Bila dia tersedak sehingga naik biru dan pengsan. Agak terkilan jugak, sebab dah beberapa kali Kak Liza bertanya kat jururawat dan doktor kenapa Akif selalu tersedak susu dan nafasnya laju. Jawapannya " Biasalah budak baru lahir". Sepatutnya pihak berkenaan perlu lebih peka. Lagi-lagi ketidak normalan degupan jantung...

Rasanya jika agak awal dapat dikesan mungkin darah dan paru-paru Akif tidak dijangkiti kuman. Tapi apakan daya kita ketentuan Allah swt lebih utama. Secanggih manapun teknologi kita tetap tidak mampu menandingi kehebatan Allah swt.

Mak Long doakan Akif cepat sembuh ye... Kepada Kak Liza sekeluarga semoga tabah menghadapi ujian Allah.

Secerbis nota kaki : Maaf entry ini tak bergambar. Tak tergamak rasanya merakam foto Akif Yang Sayu.

1 ulasan:

nik ros berkata...

kesiannya baby. moga cepat sembuh yea akif

apa la doc dan jururawat ni.buat keje mcm tak bersungguh.tak bayangkan ker kalau tu anak or saudara ni.ade jugak org mcm ni kan