Saya Lah Si Kidal

Salam Sejahtera,

Pray For All Muslims.


Selamat pagi uols, pagi tadi sebelum sampai tempai kerja yang cenoek dari umah nie Cek Ya sempat dengar radio. Cannel ape entah la, sbb tumpang Cik Hani so kena la ikut selera Cik Hani kita la. Rasanya uols tau kot channel ape sbb DJnya Halim, KD & Nabil. Rasanya mungkin nie topik semalam kot sebab semalam macam der dengar gak topik nie 'Kidal'.

Cek Ya antara 10 % penduduk dunia yang unik nie 'kidal'. De pendapat mengatakan orang kidal ni pintar.... Eceh Cik Hani dah senyum2 jeling-jeling kita laks. Jeles la tu, hehehe... Mungkin kot, sebab mereka yang kidal nie lebih kreatif. Dan kedua-dua belah otaknya selalu diransang.

Cek Ya lebih kerap menggunakan tangan kiri bila:
* angkat barang (tp kerap tukar2)
* memegang peralatan
* menulis

Tapi yang peliksnya Cek Ya akan mengunakan tangan kanan untuk bermain batu seremban. 

Sebenarnya, kita boleh tahu kecenderungan anak-anak sama ada kidal @ pun tak sejak bayi lagi. Cuba kita suakan barang pada baby, lihat kecenderungan baby untuk ambil barang  guna tangan kanan atau kiri. Tapi ujikaji ni kena buat beberapa kali dan lihat hasil kekerapan penggunaan tangan mana yang lebih byk. Dah tau jawapannya...

 Pendapat Cek Ya la kan, bila seseorang itu lebih cenderung mengunakan tangan kiri secara automatik ada kelebihan untuk dia. Sebabnya, tak semua perkara kita guna tangan kiri. jadi kedua-dua belah otak telah diransang dengan baik. So... apa salahnya kita mempelbagaikan kebolehan dengan melatih tangan satu lagi untuk lebih bekerja juga. Kalau tangan kanan letih menulis boleh la tangan kiri pulak sambung tugas tu. Kan lebih cepat kerja siap.

Kalau Cek Ya PM kerusi nie akan diharamkan pengunaannya
Cek Ya lak dah terbiasa dari kecik guna dua-dua belah tangan. Dan semestinya la tangan kiri lebih dominan. Mula-mula kekok gak kalau pegang sudip kat tangan kanan. Tapi lama-lama jadi biasa.... Kenalan belatih hari-harikan. Yela asyik kena marah je bila makan pegang sudu tangan kiri, sambut barang pun tangan kiri.

Nie antara kelebihan si Kidal

Orang kidal lebih bijak - Bukan mereka dilahirkan bijak tapi keupayaan menggunakan otaknya 80% , 90%
lebih keatif- otak kanan lebih menjurus kepada kreativiti, seni, musik
Cenderung menjadi pemimpin
Pahlawan yang hebat

Walaupun de kajian mengatakan orang kidal nie kreatif, cenderung kepada musik dan lukisan. Tapi lukisan Cek Ya memang hodoh sampai pernah kena gelak depan kelas. Sampai sekarang fobia untuk melukis...(Kecederaan emosi lebih hebat dari fizikal kot). Musik pulak ohhh tidak berbakat sungguh. Tapi Cek Ya akui agak kreatif (perasan lebih) dan cenderung kepada sains dan matematik.... Ransangan otak yang bagus kot hehehe.

Untuk tau lebih lanjut tentang kidal nie meh gana enjin carian google anda :


Terima kasih kerana baca entry berjela

P/s : Kidal bukan elien ok... Maaf entry ini sepatutnya di publishkn semalam.

Ulasan

Nik berkata…
adik sis pun kidal.
setiap org ade kelebihan masing2 kan :)
Unknown berkata…
kidal selalunya terer subjek mate ni..=)
Unknown berkata…
owh kidal upenyer..... hehe, lukisan 1st tu cikya yang lukis ker... hehe
Maisarah berkata…
Mai pun kidal :) sep sikit :D
saleha berkata…
yup semua org de keistimewaan tersendiri.
mai:sep balik :D

Catatan popular daripada blog ini

PETUA DUDUK ASRAMA

JAKARTA

CUTI-CUTI MEDAN Part 1