Penang Trip Part 1

Salam sejahtera,

Pray For All Muslims.

Di keheningan pagi jumaat ini, Cek Ya dapat seru untuk story pasal trip ke Penang 2 minggu lepas. Berkat berita gembira pasal hari nie di beri pelepasan blk kerja awal, jadi boleh la semua staf pergi anual dinner malam nie. Yang tak pergi pun boleh balik awal :)...

Boleh la dikatakan trip nie macam hari keluarga pejabat my bucuk. Nie la masanya berkenal-berkenalan dengan keluarga lain. Ada perkembangan jugak kalau trip Langkawi dulu single sekarang dah berdua. Dulu berbadan satu sekarang dan dua. Fitrah la tue... Alhamdulillah.

Jom Layanz 

Tempat tido
Disebabkan bertolak petang jadi sampai Penang pun malam. Jadi acara malamnya setelah makan jer tdola.

 Bangun awal pagi sabtu tue... sambil2 tengok pemandangan dari tingkat 12 terus rasa pening macam nak pitam. Gayat kot, nak ambil gambar dari view tu pun takut fon jatuh sebab badan dah gigil habis.


Is Sayang Cafe (Depan Sri Sayang Apartment)
Jadual pagi nie kami kena jenjalan, ikut jer la tentetif program... Sebelum tu pekena nasi lemak & teh 0 limau panas kat kefe depan apartment. Cek Ya sangat suka kafe nie sebab bila masuk dalam je rasa macam makan dalam zoo plak. X cayer cer tengok gambar-gambar kat bawah.
V
V
berhati2, harap air anda ditutup
Sebabnya air Cek Ya di cemari nyah tinja dari hewan2 yang berterbangan di atas. 

Tengok ular pun hado

Bucuk jangan sesekali menyimpan hasrat dihati nak bawa balik Banting benatang tue. Walaupun hanya ular plastik.

Burung apa nie?

Pelayan cilik. Abang Mawi
Nampak tak reban ayam & arnab tue. Selain makan-makan kat kafe nie ble la cuci2 mata tengok hewan2 kat sini.

Pelayan-pelayan cilik @ supermans
 Budak kecik berdua nie anak tokey kedai, sangat peramah. kalau singgah kat kedai nie bukan aje terhibur dengan gelagat hewan2 tapi bebudak bedua nie gak. Yang belakang tue abang Mawi dan yang depan nie adik Irwan Shah. (Memang nama betul depa tau)

Sebelum meneruskan perjalanan, Cek Ya dapat hadiah istimewa dari Irwan Shah... Dia nak kiss kat pipi Cek Ya, alahai pengsan sebentar. Bucuk jangan marah ye melihat pelakuan tadi hahaha.



Capture dari kerete
Alahai takut lak bila tengok wayar berselirat macam nie.... Scary Movie kot. Tettt...
  
Meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya....


Pemandang di tepi jalan

Pemandangan di tengah jalan.

Destinasi seterusnya di sini
Pulau pinang National Park.... Tapi x berniat nak jungle tracking pun, sebab depa semua memang kerjanya selalu masuk hutan.

Ramainya orang
Nampak tue laut... Tue la destinasi sebenar, National Park nie memang bersebelahan jeti.


Yeye naik boat.

Boat nie boleh muat lebih kurang 8 orang

Puan ibu dan ira
Weeee
Pemandangan dari boat

Eh macam kenal jer
Jom mancing
Bersiar-siar naik boat sambil menikmati pemandangan yang indah. Termasuk la skali pakej mancing atas boat. Tapi bukan guna joran tapi guna koya.

air laut kehijauan
Sambil menunggu ikan memakan umpan sesambil tula nyanyi2...


Mantin baru dapat ikan
Hasil berburu hari nie... Halus beno ikannya, kalau bako tu celah gigi jer tersangkut. Tak dan nak menelan...

Ikan yang dipancing oleh kami

Dah terbalik rupenya ikan tu sumer, akibat kekurangan oksigen... Tak dan nak buat cpr. Buat lauk jer la nampak gayanya. Ingat nak bawa balik Banting, nunjuk kat orang Banting yang Cek Ya nie pande memancing.

Destinasi seterusnya
TO BE CONTINUED

Hehehehe

Ulasan

Unknown berkata…
percutian yang sangat menarik..^_^
Fatin Sh berkata…
Hai. Datang sini dan follow. Kalau belum follow I, follow lah seikhlas hati :)

Catatan popular daripada blog ini

PETUA DUDUK ASRAMA

JAKARTA

CUTI-CUTI MEDAN Part 1