Jumaat, 2 November 2012

SHAKLEE

Salam sejahtera,


Shaklee? Apa tu or siapa tu? Cop!!! pembetulan Shaklee bukan nama orang mahupun nama tempat. Bukan sesekali sejenis permainan. Tapi adalah sebuah produk kesihatan, ala orang sekarang ni kan duk sebuk dengan makanan tambahan ataupun orang putihnya cakap supliment.

Series, sebenarnya sebelum nie tak pernah tau pun pasal produk nie. 1st time rakan sekerja Cek Ya kenalkan Cek Ya ingat menatang ke apa tah. Tapi alhamdulillah memang berkesan untuk masalah Cek Ya. Dibawah jenama Shaklee nie ada banyak produk, tapi Cek Ya guna yang satu nie aje. Yang lain-lain itu, tak try lagi sebab tak de kaitan untuk permasalahan kot.
Nie yang Cek Ya guna

GLA COMPLEX nie, khusus untuk kaum wanita. Macam Cek Ya selepas kawin nie kitaran haid tak menentu dan sengugut tetap ada. Orang kata bila kawin sengugut hilang tapi tak ilang-ilang plak Cek Ya nie. Bila Cek Ya guna produk nie, Alhamdulillah kitaran haid kembali normal dan yang paling best sengugut dah hilang. Darah yang keluar plak lancar je tak berketul-ketul macam selalu. Sintom PMS pun kurang tak macam selalu, dari segi emosi plak lebih tenang berbanding sebelum Cek Ya mengamalkan supliment ni.


Dalam satu botol ada 60 biji kapsul, kapsul berbentuk ovul (bentuk mcm minyak ikan itu) dan berwarna keorenan. Bersifat agak kenyal. Kalau ikut aturan pengambilannya 2 kapsul 1 hari, so lebih kurang sebulanla satu botol. Tapi Cek Ya ambil hanya 1 kasul sehari jadi satu botol tu boleh la tahan 2 bulan, jimat sikit kos. Walaupun Cek Ya ambik sekali sehari je tapi berkesan.

Sebelum ini Cek Ya ambik produk berasaskan herba tapi badan Cek Ya macam tak boleh terima, try ambil untuk jangka masa sebulan tapi masalah lain lak timbul. Dengan sakit kepala, sembelit dan panas badan. Di tambah kena pantang lagi. Tang pantang tu ok lagi tapi bila hari-hari sakit kepala lagi haru. Bila cek kat klinik rupa-rupanya denyutan nadi Cek Ya jadi tinggi tula punca sakit kepala. Jadi untuk elakkan mudarat lagi teruk Cek Ya stopkan pengambilannya. Tapi untuk produk nie tak de pun kesan sampingannya... Mungkin Cek Ya rasi dengan produk ini.
Terima kasih kepada Kak Izra sebab kenalkan Cek Ya dgn produk nie. InsyaAllah, mudahan dengan izinnya terkabullan segala doa dan impian kami suami isteri untuk memperolehi zuriat. Kenalah usahakan...
Kalau nak penerangan lagi lanjut bolehla klik kat :-
shaklee (GLA COMPLEX) dan kat sini

Sesape nak mencuba boleh la try, InsyaALLAH nie salah satu iktiar...



3 ulasan:

eizra_one berkata...

alhamdulillah..sekurang-kurangnya kurang sikit masalah yang kita alami bila makan GLA ni. Akk pun merasa perubahan positif badan ni.Moga usaha dan doa kita berdua Tuham kabulkan ya leha....Tak rugi kalo berkongsi ilmu pengetahuan untuk kebaikan kita sebagai seorang wanita. :-)

Nurul Husna berkata...

aku leh makan tak GLA ni? tp aku punya period regular setiap bulan...cuma senggugut je la

Siti Saleha berkata...

InsyaAllah boleh, sbb blh gak untuk kurangkn gejala pms n sengugut.