Khamis, 22 November 2012

Palazo

Salam sejahtera,

'Pray For Palestine'

Sebelum memulakan entry kali nie, jom kita bertafakur sejenak dan berdoa akan kesejahteraan rakyat Palestine.

********************************************************

Kegila Cek Ya terhadap sejenis seluar bernama Palazo semakin mengila... Kalau ikutkan stakat nie ada 3 helai dan kemungkinan besar akan bertambah.

Ada apa dengan seluar yang kembang bawah tu?


Ehsan google


Sebabnya ianya labuh dan besar. Semestinya ia menutup aurat dengan sempurna, kebanyakan materialnya tidak jarang dan berat. Bentuknya seakan-akan skirt labuh tapi bila bergerak dengan ganas barula nampak ciri-ciri seluarnya. Jadi ble la bergaya ayu tapi hakikatnya ganas.

Koleksi seluar palazo Cek Ya nie murah dan menepati citarasa Cek Ya. Rata-rata kedai yang Cek Ya masuk tawarkan harga mengikut mutu kain dengan harga tak sampai pun RM50 ringgit

Cek Ya suggest kat korang semua, kalau-kalau nak cari seluar nie dengan harga yang murah. Pergi la kat GM Klang. Serius! Sebab Cek Ya beli salah satu palazo kat sini dengan harga RM15 tapi kualiti sama dengan harga berpuluh ringgit. Kalau minat nak buat perniagaan pun boleh melawat GM Klang nie. Sebabnya, GM Klang nie memang jual produknya secara borong dengan hargan sangat berpatutan. Selain kat Klang korang gak boleh pergi GM KL berlokasi di Lorong Haji Taib. Digalakkan korang pergi secara berjemaah. Sebabnya nanti korang taula. Lagi-lagi kaum perempuan. Bukan setakat seluar palazo jer, banyak lagi barang lain yang dijual secara borong. Sangat rugi kalau korang tak pergi....

Opss... Berapa yang GM bayar Cek Ya buat promosi nie? kehkehkeh x de sesen pun. Sekadar berkongsi benda baik. berbalik cerita pasal palazo tadi.... panjang betul menyimpangnya. Apa yang paling Cek Ya suka pakai palazo nie ialah. Tak payah bawa telekung @ saat telekung tertinggal, bila kita pakai pakaian yang menepati syariat islam nie maka ia sebenarnya sangat memudahkan kita lagi-lagi bab solat.

Tudung yang menutupi dada +
baju yang labuh tidak jarang +
 seluar yang labuh dan tidak jarang +
 stokin

Kan dah boleh solat tu, mudah bukan.... janji bersih....

Ehsan google


Ehsan Google

Sekali lagi Cik Oki Setiana Dewi jadi model Cek Ya, suka tengok dia... sejuk jer.



Nota cute : Bersederhana dalam segalanya

7 ulasan:

F.A.R.A.H.W.A.H.E.D.A berkata...

ada dengar jugak pasal GM Klang nih... sememangnya diaorang kata harga memang murah...

Siti Saleha berkata...

Jom kita serbu GM

Mr. Doctor berkata...

Tertarik dengan permulaan entry Cik Ya.. Berdoa untuk Palestine dulu.. Good job :-)

محمد رازيق berkata...

setuju dngn Mr doctor. doakan untuk palestin .

Siti Saleha berkata...

Segala perbuatan bermula dengan doa. Mudahan kalau ada yg membaca entry nie akan mendoakn sekali untuk Palestine

nik ros berkata...

suka gak tgk Cik Oki Setiana Dewi. mmg ni la ciri wanita yg menutup aurat kan :)

Siti Saleha berkata...

Haah memang comei