Kulit Wajah Anda Bermasalah?

salam sejahtera,

Ehem...Ehem... ada sesuatu yang Cek Ya nak kongsi nie, ada sesiapa tak bermasalah dengan kulit wajah?
Kusam, lebam dibawah mata, jerawat jeragat, berminyak...

Sekadar nak berkongsi, Cek Ya memang ada masalah sebahagian diatas. Lagi senang nak kata kulit tak berseri dan kusam. Tak Caya meh layan gambar dibawah.
Dulu

Ishhhh... malu pulak nak tunjuk gambar nie. Cek Ya memang tak bermasalah dengan jerawat sejak zaman akil baligh lagi. Cuma kalau nak peot je la seketul dua naik, suke beno dia naik kat idong nie. Tapi kulit Cek Ya nampak kusamkan, lebam bawah mata lagi. Kalau bergambar ramai-ramai Cek Ya malu sikit sebab nampak beno kulit tak berseri berbanding kengkawan lain.

Sekarang

Bedak + lipstick
Bezakan, dah tak de masalah kulit kusam tak berseri dan lebam bawah mata. Tak payah nak mekap tebal-tebal. Pakai bedak dengan lipstick jer dah cukup.

Tanpa mekap
Cek Ya masukkan dua gambar, gambar nie pulak tanpa sebarang mekap, bedak serbuk pun tak pakai.


 
Alhamdulillah........
Cek Ya akhirnya jumpa dengan produk untuk masalah Cek Ya nie. Alkisahnya, produk yang berasal dari negeri Cek Siti Wan kembang ni kira-kira dalam 5 bulan Cek Ya cuba dan dalam sebulan hasilnya dah nampak. Alhamdulillah skang nie dah jadi pengguna setia.


 
SF Beauty


Set Percubaan: Setiap set lengkap terdapat 3 barang

1. Sabun Pencuci
Terdapat dua set lengkap SF Beauty, yang berbeza cuma sabun. Cek Ya guna sabun yang kaler oren tu Sabun Vitamin E untuk kulit biasa. Kalau yang kulit sensetif, berjerawat bolehla guna set yang sabunnya Vitamin C.

2. Krim Siang

Bertindak sebagai pelindung daripada sinaran UV dan pelembab kulit. Selain tu boleh la nak jadikan bedak asas. Bahan asas untuk produk nie kunyit dan temulawak. nak tau khasiatnya rerajinla google. Tak pun klik sini.
3. Krim Malam

Cek Ya paling suka krim malam dia, pe yang pasti bila apply krim tu kat kulit akan terasa macam tengang jer kulit nie. Rasanya krim malam dia paling berkesan. Masa pakai krim nie Cek Ya akan letak sedikit air semasa nak ratakan krim malam nie. Sebab kulit Cek Ya agak kering dan bila letak air proses meratakan mudah dan jimat sikit. Tak Yah duk beriya-iya letak bebanyak sebab nak pastikan semua bahagian kena.

 
Cik Ya tak cerita ye macam ner ble kenal produk nie. Sebenarnya Cek Ya ada seorang kawan FB, mulanya dia pengguna SF Beauty nie dan sekarang dah jadi pengedar pulak. Tengok gambar-gambarnya kat FB sangat cantik. Tapi masa tu cuma just tanya-tanya aje. Tapi bila officemate Cek Ya guna dan nampak kesannya baru la Cek Ya try lak. Dan hasilnya sangat cemerlang, apa yang Cek Ya jatuh cinta produk nie. ia tak macam sesetengah produk tu yang muka akan pedih @ merah bila kena matahari.


Meh-meh sape nak tengok perbezaan sebelum dan selepas Cek Ya try SF Beauty


beza x?

Cek Ya bukan pengedar cuma Cek Ya boleh bagi rekomen kawan pegedar Cek Ya tu jer. Tujuan hanya nak berkongsi dengan kengkawan semua. Ner la tau ia gak berkesan untuk korang semua. Pe yang Cek Ya nak pesan kita kena istiqomah baru la nampak kesannya. Kalau nak harap dua tiga kali guna terus nampak kesan. Nampaknya kena berhati-hatila mungkin produk tu guna agen pengelupasan yang tidak bagus untuk kulit. Salah-salah boleh mengakibatkan kesan yang buruk.

Okla Adios Amigos

Nota cantik : Kalau nak cantik kena seiring dengan hati, cantik luar cantik dalam....


Ulasan

Tanpa Nama berkata…
comey-comey...
saleha berkata…
HEHEHE malu la saya
Nik berkata…
beza dari gambar sebelum ni. berseri2 yea.
Unknown berkata…
camne nak order? Berape harga untuk 1 set?
saleha berkata…
Cik Que nanti sy emailkn
Unknown berkata…
email gi luvlia90@yahoo.com ye..^_^

Catatan popular daripada blog ini

PETUA DUDUK ASRAMA

JAKARTA

CUTI-CUTI MEDAN Part 1