Selasa, 2 Oktober 2012

Patah Tumbuh Hilang Berganti

Salam Sejahtera,

1st week of october, waawee!!! bestnya ujung-ujung tahun nie. Banyak cuti, banyak kenduri, banyak makan free hehehe. Tahniahla kepada semua penjawat awam sebab dapat bonus satu bulan setengah gaji. Terima kasih kepada majikan saya "Kerajaan Malaysia" kerana prihatin dengan nasib kami. Kepada bukan penjawat awan tu jangan la iri hati dengan kita orang. Rezeki masing-masing, maka bersyukurlah.
Alhamdulillah...
Opss... Cek Ya nie mukadimah suka panjang-panjangkan hehehe...ok ok berbalik kepada tajuk dia atas yang nampaknya skema sikit.
1 Oktober 2010 lepas jugak la rakan setugas Cek Ya bertukar ke tempat lain. Sedih gak, dulu kita orang sama-sama bertugas setup unit nie. Dari "kosong" sampai la sekarang yang dah semakin maju, dari mula bertatih sampai la dah berlari. Eh boleh ke kolej kediaman berlari kaki pun tak de. Apa pun tahniah kat En. Asrul sebab permohonan pertukarannya telah berjaya. Selamat tinggal, semoga kehadiran anda di tempat baru boleh memberikan 1001 kebaikan kepada kedua-dua pihak.
InsyaAllah...

Bila dah patah dahan tu rupa-rupanya Allah nak tumbuhkan dahan baru... Mungkin yang nie lebih teguh dan berbuah lebih lebat mana tahukan... Kita wajib yakin kepada Allah, kerana dia lebih mengetahui segala-galanya.
Selamat datang kepada rakan setugas baru Cek Ya. Puan Aaina, selamat menjalankan tugas disini. Semoga kita dapat bekerjasama dengan baik dan memberikan perkhidmatan terbaik.  
Nota cenonet : kena jaga periksa, waaa bertindih dengan tarikh kenduri anjang pulak. nampak gayanya kena tinggal la nie, demi tugasku rela jua.

3 ulasan:

Cik Hani (CH) berkata...

selamat tinggal kawanku...tak mudah aku pergi...bila wajahmu sentiasa dihati ini..=)

Cik Hani (CH) berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Siti Saleha berkata...

Pergi tak kembali