Isnin, 3 September 2012

Tentang Iqbal ...

Salam sejahtera,

Salam merdeka semua, saya bangga jadi anak Malaysia. Saya juga bangga jadi anak mak dan ayah.. heheheMak dan ayah Cek Ya lahir pada tahun kemerdekaan tau. Cayala.........

Disebabkan merdeka hari jumaat so sambung cuti raya balikla, Cek Ya ambik coti hari khamis. Kebetulan Iqbal kena buat medical check up kat hospital Serdang. Dan keputusan yang telah diduga dan kami terima dengan redha. Iqbal (adik bongsu Cek Ya) di sahkan mengidap jantung berlubang. Bagi menjamin kesihatan Iqbal so kami sepakat untuk buat operation untuk menutup jantung tersebut.

Sedih bila dengar berita nie, Cek Ya sendiri yang bawa dan dukung iqbal untuk naik atas katil masa scan. Iqbal pegang kuat tangan Cek Ya, nasib my bucuk pun ada tenangkan Iqbal (ayah tak sanggup tengok Iqbal masa nie). Dekat 15 minit doktor scan dan doktor jumpa lubang pada jantung Iqbal. Cek Ya nampak sendiri lubang tu. Tak besar pun tapi kesannya Iqbal akan rasa bila umur dah meningkap ke 20 tahun keatas. Di sebabkan kedudukan lubang diantara jantung belah kanan dan kiri, darah dari jantung belah kiri masuk kejantung sebelah kanan disebabkan tekanan yang tinggi menyebabkan jantung sebelah kanan Iqbal bengkak.

Kalau tengok Iqbal macam budak-budak lain, sangat aktif lagi-lagi dia mengidap syndrome down. Memang tak nampak tanda-tanda dia mengidap jantung berlubang. Nasibla pasukan dental hospital Teluk Intan baca sejarah perubatan Iqbal sebelum cabut gigi Iqbal yang berlapis tu. Dari sini diorang buat ext ray, masa nie masih kabur lubang pada jantung tu. Doktor syorkan Iqbal dirujuk terus ke pakar hospital Serdang.  Kat hospital nie Cek Ya dapat penerangan yang hospital Serdang juga buat pembedahan jantung. Dan tak perlu dirujuk ke IJN, kes seperti Iqbal ini pakar kat hospital Serdang dah beberapa kali buat pembedahan dan berjaya. Alhandulillah... Mudahan macam tu gak dengan kes Iqbal.

Untuk kes jantung Iqbal ada dua kaedah pembedah, pertama melalui kaedah tampalan. Dimana lubang pada jantung tersebut akan disumbat dan diikat pada otot jantung. Tapi kaedah ini tak sesuai dengan Iqbal kerana otot jantung Iqbal lemah. Jadi doktor akan buat kaedah di mana lubang tersebut akan dijahit. Mudahan kaedah ini akan membantu dan menyelamatkan Iqbal.... Doakan yeee..

Dialah permata hati kami, selalu buat kami sekeluarga ceria dan bahagia. Dalam banyak-banyak adik-adik Cek Ya, diala yang Cek Ya jaga dari baby lagi. Cek Ya mandikan, cebukkan semua pendek kata Cek Ya pernah buat untuk dia. Sampai sekarang dah umur 14 tahun pun masih Cek Ya uruskan. Sejak lahir dia rezeki keluarga kami begitu murah. 

Kerana Iqbal kami pernah pusing satu Komplek Tabung Haji, Pantai Teluk Batik, Kg Padang Tembak, Kg Bukit Badung untuk cari Iqbal hilang. Kerana dia kami kena terjun parit dan kolam untuk selamatkan dia, kerana dia kami pernah berlari bertarung nyawa ke jalan raya untuk tarik tangan dia, kerana dia kami pernah pegang najis dan semua kerana dia. Tapi kami satu keluarga tak kisah KERANA DIA INSAN TERISTIMEWA UNTUK KAMI. dan KERANA IQBAL kami juga tak kisah berkorban segalanya.

Mohammad Iqbal bin Ariffin
 p/s: Si Putih pun masuk wad... Wahhh, pengalaman bediri tepi jalan keran Si Putih

2 ulasan:

Mr. Doctor berkata...

Ya Allah.. MD doakan yang terbaik untuk adik Cik Ya.. Semoga operation berjalan dengan lancar.. kemsalam dekat iqbal =)

Siti Saleha berkata...

Tqvm MD,mudahan segalanya berjalan lancar