Isnin, 10 September 2012

Sekadar Berpesan

Salam sejahtera,

Happy monday guys, pagi-pagi lagi bumi Jugra (Banting) dah dibasahi hujan rahmat. Alhamdulillah, menandakan rezeki untuk warga Banting mencurah-curah.
Rahmat kasih sayang Allah kepada hambanya."Ya Allah jadikan kami hambaMu yang sentiasa bersyukur kepadaMu Ya Allah. Amin..."
Cek Ya nak kongsi satu cerita, hehehe kan Cek Ya suka bercerita. kalau tak mana nak wujud blog nie kan. Bukan apa sekadar nak kongsi pengalaman dan ingat-meingati.
Gambar hiasan sumber : google
  Hari sabtu lepas Cek Ya pergila kat sebuah super market kat Pekan Bnting (rasanya ni la super market paling besar kat sini). Sedang sibuk Cek Ya memilih bawang-bawang tu terpandang la beberapa bapa yang menunggu isteri-isteri mereka mencari barang keperluan. Tugas si bapa nie lain tak bukan jaga anak dalam yang diletakkan dalam troli tu (sambil mata duk melilau pandang sekeliling). Si anak pulak ada yang diam jer macam ayah depa perhati orang, de gak yang melalak. Duk sibukla bapa tu nak diamkan anaknya.
Seronok pulak tengok senario macam tu, almaklumla Cek Ya belum lagi di berikan rezeki cahaya mata. Tak pela perancangan Allah lebih baik sebab dia mengetahui segala-galanya. Tapi apa yang memeranjatkan Cek Ya adalah bila Cek Ya terpandang ke satu sudut. Tempat buah buahan... Bila mana gelagat si bapa dgn selambernya memetik beberapa biji anggur dan disuakan terus kemulut anaknya. Terdapat juga beberapa kanak-kanak yang berbuat demikian. Bukan seorang bapa tetapi terdapat beberapa orang lagi yang buat macam tu.
Gambar hiasan, Sumber : google
Astafirullahalazim... Sanggup bapa tu beri makanan haram untuk anaknya. Kalau pun dia beli buah anggur tu, mesti yang disuakan kemulut anaknya tidak di timbang lagi. Kita penat bekerja membanting tulang untuk pastikan anak isteri kita makan benda-benda yang halal. Tapi kita lupa perkara yang kecil-kecil macam nie. Kita tak sedar perkara-perkara kecil macam nie kalau dibiarkan ibarat api yang membakar dalam sekam. Dalam diam kita la yang mengajar anak-anak kita mencuri... Kadang-kadang kita sesak dengan perangai anak-anak yang nakal, tidak mendengar kata. Tapi tanpa kita perasan kita la puncanya...
Gambar hiasan : Sumber google
Fikir-fikirkan... Ehmmm, Cek Ya sekadar berkongsi dan pesan memesan kalaubukan untuk korang semua tapi untuk Cek Ya sendiri. Mudahan kita terhindar dengan perkara sebegini.

Nota kechik :"Ya Allah ampunilah dosa kedua ibu bapaku, muliakan mereka di dunia dan akhirat. Amin..."

Tiada ulasan: