Jom Belajar Wat Belanjawan

Salam sejahtera,

Belanjawan? Apa tu? Sebenarnya ia sangat perlu. bukan setakat untuk raya je tau tapi setiap bulan. Kalau boleh siap buat setahun punya. Apa fungsinya? mesti ada yang tertanya-tanyakan.

Sebenarnya, ianya merupakan kaedah pengurusan duit kita. Dengan buat belanjawan nie kita boleh tahu kadar aliran wang kita. Macam mane kita nak agihkan  pendapatan bagi setiap perkara, dan yang paling penting yang duit keluar tu tak la melebihi duit yang masuk. Ecehh...

Semalam Cek Ya dah buat untuk 2 bulan, mula dari tarikh gaji bulan 7 dan bulan 8 sehingga ke tarikh gaji bulan 9. Bukan apa takut terover bujet, al maklumla nak raya nie... (Cik Hani pun join sekali)

Cek Ya nak kongsi kot-kot ada yang berminatkan.

Bolehla tengok contoh yang Cek Ya buat, kaedah nie sebenarnya meniru pakai yang dalam buku lenjan tu. Ehhh... betulke eje nie. Maapla Cek Ya tak penah belajar akaun melainkan masa PMR dulu.



 Cer tengok kat pendapatan bulanan, yang item tulisan merah tu bukan pendapatan tetap tau. So jgn masukkan item nie kalau tak ada di bulan berikutnya.

Untuk ruangan agihan pendapatan tu bergantung kepada keperluan dan pembiayaan bulanan kita. Kalau yang dah siap-siap potong kat payslip tu tak yahla masukkan balik. Jumlah agihan keperluan ni mungkin tetap nilainya untuk sesetengah item. Mungkin untuk item bil tu boleh dikurangkan... jimat-jmat la ye. Makan pun sama, masak lagi jimat kot. Mesti ada yang tertanya-tanya pe perlu rencam (lain2) tu? Sebenarnya untuk keperluan diluar jangkaan. Item nie pun kalau perlu jimat-jimatla.

Pastikan ruangan yang oren dan hijau tu sama dgn jumlah yang pada ruangan yang dikaler. Nilai yang kat ruang kaler kuning tu adalah nilai pendapatan tolak nilai agihan pendapatan. X caye cer kira guna kalkulator kt atas meja tu. untuk nilai yang kaler kuning tu boleh di bawa ke bulan berikutnya tapi yang lebih afdal simpan la di dalam bank. Untuk jaminan masa akan datang......... Kalau terlajak belanja time raya boleh gak digunakan. Nerla tau malang tak berbau...............


Nota cenonet : Nape item agihan pendapatan lebih banyak ye, selalunya mcm nila hehehe dan yang paling selalu berlaku itemnya akan bertambah. Pendapatan bulan tu cenggitu jela. Kalau keje gomen dapatla kenaikan taunan.  :(





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PETUA DUDUK ASRAMA

JAKARTA

CUTI-CUTI MEDAN Part 1