Selasa, 24 Julai 2012

Dan akhirnya....Yeahhhh!!!

Salam sejahtera,

 Alhamdulillah, hari ni dah masuk hari ke-4 dalam bulan Ramadhan. Berpuasa di rumah sendiri ni lain sikit cabarannya. Sebab kena masak untuk buka dan sahur, tu je pun lainnya.Nasib baik my bucuk dengan rela hati bantu Cek Ya kat dapur, ringan sikit. Mana taknye balik kerja pukul 5 terkejar2 nak masakla.
Untuk menyenangkan kerja, masa buka masak lebih sikit.
Masa sahur nanti cuba panaskan balik je lauk tu....

 Ingat lagi x entry Cek Ya yang bengong- bengong nak pilih over atau microwave. Kalau tak ingat cer tengok ni . Ok berbekal pandangan rakan-rakan, telek2 kat google dan macam-macam lagi kaedah
termasuk baling buah dadu kat depan kedai Seng Heng tu. Jadi ni la hasilnya.

Oven pun iye, microwave pun ia... bukan Cek Ya beli dua-dua tapi.....

 
 TADAAA
V
V
V
V
V

OVEN MICROWAVE.



Dah ada permintaan untuk Cek Ya buat Kek, walawe... seumur hidup x pernah buat pun.
Kalau masak-masak biasa memang Cek Ya suka, lagi2 kalau cuba resepi baru tak pun olah resepi
tu jadi lain sikit. Tapi untuk yang satu nie... Adoyai rajinnya kurang sikit.

Tak pe, untuk tak hampakan permintaan orang Cek Ya cuba ye.

Dalam hati dah tumbuh pokok bunga la... Siap berkembang-kembang lagi....

Nota ringkas : TQ Ecah, anda atas saranan anda.

Tiada ulasan: