X de Kesedaran Sivik Ke????

Salam sejahtera,

Mungkin entry ini ditaip disebabkan kebengangan Cek Ya disebabkan beberapa perkara. Perkara yang sepatutnya ada dalam diri kita dari sejak kecil lagi. Berapa ramai rakyat Malaysia yang ada kesedaran tentang kebersihan dan penjagaan alam sekitar. Sangat mendukacitakan jawapannya....

Lautan sampah (kesian ikan semua mati)<ehsan google>


Mcm2 jenis gas yang terlepas. Bila dah jerebu bising lak. (ensan google)

Cuba lihat kat tepi-tepi jalan raya berapa banyak sampah yang dibuang merata-rata. Kebanyakkannya adalah plastik. Rasanya sungai-sungai kat malaysia nie pun dah banyak yang tercemar, sisa domestik (dari rumah kita) sisa kilang (asap, bahan toksik dan dll) Uhhh, sesak nafas Cek Ya bila terpikir semua tu... Belum sisa-sisa dari binatang yang kita bela sesuka hati nak melepas kat mana-mana.(Opsss nie kes terpijak taik ayam hahaha) sila abaikan.
Bayangkan jika ini IBU kita, demi sesuap nasi......ehsan dari blog Mohd Muin, Sayu kisah tukang sayu anda.

Ahh... sikap suka lepas tangan, bila dah buang bagi alasan yang bodoh tahap cipan ni plak " Saja nak bagi kerja kat tukang sapu tu, x la makan gaji buta duduk melepak saja". patut ke statment bodoh mcm ni keluar dari mulut seorang yang ada ijazah. Tahu tak betapa penatnyanya tukang sapu tu nak kutip sampah-sampah kita, bila dah duduk untuk hilangkan penat kejab kotor balik tempat tu. Cuba bayangkan mereka tu ahli keluarga kita. Pe perasaan kita yang bijak pandai ni, nasib pekerja tukang sapu ni yang begitu gigih mencari sesuap nasi.
Jagalah kebersihan alam sekitar, siapa lagi nak jaga kalau bukan kita... Dah diberi akal yang sempurna jadi gunala sebaiknya. Nilailah dengan akal bukan mata hati yang buta tuli......

Nota gigih: Selalu berhadapan dengan benda yang menjijikkan, sampah tu tak sejijik orang yang x de kesedaran sivik tu.

Ulasan

Yasmin Aris berkata…
mmg takde kesedaran sivik !
pentingkan diri je kan -,-

Catatan popular daripada blog ini

PETUA DUDUK ASRAMA

JAKARTA

CUTI-CUTI MEDAN Part 1