Jumaat, 22 Jun 2012

Sup Ketam VS Jus Daun Betik

Salam sejahtera, Alhamdulillah penghulu segala hari menjelma lagi. Pagi yang sangat tenang di hari yang segar dan nyaman. Panjang lak mukadimah hari ini. Sementara ingatan masih lagi kuat nie, Cek Ya nak kongsi ilmu yang Cek Ya dapat masa kursus lepas. Pasal Denggi, ermmm... mesti biasa dengarkan, tapi berapa ramai yang ada kesedaran nak tangani penyakit ni. Walaupun Cek Ya tak pernah kena tapi selalu sangat menghadapi kes-kes demam denggi ni. Kalau boleh x mo dah nak hadapi... Renyah tau pastu kesian lak tengok orang yang kena tu lemah je badan. 

Sup ketam (ehsan google)

Jus daun betik

Demam Denggi ni tak ada penawar yang spesifik, kalau kita kena tahan wad pun just dia orang masukkan air, kalau demam bagi paracetamol jerk. Ouchhh, macam AIDS jerk kan cuma faktor penyebabnya adalah gigitan nyamuk AEDES. Kalau sesiapa kena demam ni mesti ramai yang suggest makan sup ketam. Ramai yang cakap agak membantu meningkatkan flatlet darah. Cuma tak ada kajian spesifik lagi yang buktikan kesahihannya. Apa kata lepas nie kalau ada sesape yang kena demam denggi minum jus daun betik. Cara nak sediakannya dun betik direbus, kemudian airnya ditapis dan diminum. Uweksss... PAHITTTT. COPPP jgn luah balik sbbnya dah ada kajian dan terbukti ia berkesan untuk penambahan flatlet darah. So buatla pilihan sendiri sup ketam atau Jus daun betik.  

Sesiapa yang kena demam denggi nie kandungan platlet darah merahnya akan kurang dari 150 ribu. Bila sel darah merah kurang oksigen pun dapat nak dibawa keseluruh badan lagi-lagi organ penting. Selain tu sel darah merah nie membantu mempercepatkan pembekuan darah.Terukkn kesan demam denggi nie, so sebagai langkah nak elak penyakit berjangkit ni kena la jaga kebersihan rumah dan kawasan sekeliling. 

Serba sedikit yang Cek Ya dapat dan bolehla dikongsi...

 Nota touching : Kami bukan robot semua nak kena cepat, We need rest... Kami tak perlukan sanjungan cukup sekadar dihargai.

Tiada ulasan: