Jumaat, 15 Jun 2012

Agggrrrrhhh Migrain

Salam sejahtera,

Pengakuan dari hati yang tulus suci dan bersih bahawasanya Cek Ya diserang MIGRAIN!!!. Arrrgggghhh. Tarik nafas dan lepas, tarik lagi dan lepas. Tarik lagi dan lagi... lepassss, fuhhh stress. Puncanya??? Tekanan kerja. Ok setiap kali pelajar baru masuk ini yang akan Cek Ya alami. Tahun ni kurang sikit tekanannya sebab sistem pengurusan kerja yang lebih sistematik (tp migrain jugak), team work yang bekerjasama, sikap customer yang lebih bertolak ansur dan bos yang baik. Sangat membantu Cek Ya nak uruskan stres ni. Ok tambah lagi satu faktor tempat mengadu yang banyak.

Tapi risau gak ni. boleh ke Cek Ya nak kawal stres ni supaya tak jadi macam tahun-tahun lepas. Demi menjaga keseimbangan hormon hahaha. Semua rakan setugas bantu Cek Ya ye, sgt2 mengharap sebab hormon Cek Ya ni sensetip sikit jgn diusik nanti dia merajuk merendahkan peluang untuk perancangan keluarga pulak. Semua tu kuasa Allah tapi bukan ke kita di suruh berusaha...

Azam untuk tahun ni tak nak marah-marah macam mak tiri bawang putih dah. Tak pasal-pasal tekanan darah tinggi lak. Benda ni jadi kat Cek Ya masa 1st year kat sini dan 1st batch sutdent datang. Termasuk Kak Long skali... Pastu asyik nangis-nagis je, oh tak nak semua itu terjadi lagi.

Eh, dah rasa kurang lak sakit pale ni, kehkehkeh... terapila menulis ni. Dolu2 memang cita-cita nak jadi penulis sebab minat kat sastera pastu nak terbantutla pak sebab idea senang datang tapi cepat lupa hehehe.

Shuhhh... pergi jauh-jauh migrain Cek Ya tak suka kamoooo.... Mood nak makan buah dah meluap-luap ni. Cek Ya nak cari buah betik kat Kafetaria ar daaaaaaaa.

Nota kenit : Cek Ya baru kebah dari demam, terasa sengal2 satu badan. Imunisasi sangat lemah kena beli Vitegen ni... Eh bukan untuk melawas ke tu???

Tiada ulasan: