Jumaat, 11 Mei 2012

TENDER ORG MALAS

Selamat Sejahtera,

Mood suram sikit, sebab Cek Ya penat. Nak bangkit tido pun banyak fasa sebelum boleh capai tuala. Kebil-kebil, tongeng-tonggeng atas katil, guling-guling, duduk tengok kira kanan lagi. Oh!!! Maksudnya Cek Ya penat la tu, lemau je badan tapi nasib semangat masih ada.

Nak kontrakkan kerja-kerja kat umah la. Sape nak ambik tender nie. Skop kerja-kerjanya adalah seperti berikut:-
1)lipat kain dan susun dalam almari.
2) Kemas umah ( sapu+mop+lap habuk)
3) Basuh kain, cadar, selimut, sarung bantai dll dan jemur
4) Beli Gas ( da 2 hari x masak gas abis)

Kalau berminat bolehla hantar sebut harga... Tarikh bukanya bermula sekarang dan tutup pada~~~~ bila-bila yang sirasakan perlu.

Hahahaha pemalas betul Cek Ya nikan, alkisahnya Cek Ya agak bz bulan nie termasuk sabtu dan ahad. Minggu ni nak rehat kat umah puas-puas. Diharap tiada gangguan ye, tapi de hati lagi tu nak cari siput sedut kat Pantai Kelanang. Hehehe bole wat masak lomak.....

Secerbis Kata Ikhlas : SELAMAT HARI IBU UNTUK MAK DAN IBU. Muahhhh!!! luv uols 4 ever            
     

Tiada ulasan: