H@L@L Ke???

Salam sejahtera,

Adakah korang yakin  makanan, barangan or keoperluan yang kita gunakan seharian adalah halal. Patut ke isu ini timbul di sebuang negara islam? Bukan ingin menyalahkan mana-mana pihak, tapi sebagai pengguna bukan ke itu hak kita lagi-lagi ia merupakan suatu perkara yang wajib dipatuhi dari segi hukum agama islam. Jaid siapa yang patut bertanggungjawab?

Tak ke rasa tertipu, Bila mana loga halal terpapar di depan kedai tetapi sesetengah barang yang di jual tidak halal atau meragukan kehalalannya. Jadi apa tindakan kita? Hanya sekadar mengeleng kepala. Atau ambil tak kisah, ada sesetengah orang berpendapat " Tak apalah diaorang yang tanggung dosa, kita ni cuma mangsa". Patut ke bersikap macam ni?

Banyak betul soalankan... Adakah jawapan yang kita beri benar-benar telus, sebenarnya itu tanggungjawab semua orang lagi-lagi bila mana dia beragama islam. Bukan hanya mengharapkan mana-mana pihak.

 Hanya Logo di atas ini yang di iktiraf dimana ianya hanya dikeluarkan oleh Jakim. Adakah selain dari logo ini tak halal? bukan tidak halal tetapi diragukan kehalalannya.  Jadi apa tugas kita dan macam mana kita nak buat??

Selain dari tonton rancangan Ejen Halal di TV Al Hijrah pe lagi boleh kita buat?  Tahu tak sebenarnya kuasa membeli di tangan kita. Jika tiada permintaan daripada kita agak-agak boleh tak sesuatu produk tu bertahan lama? Tentula tidakkan jadi tindakan awal adalah kepekaan dari kita sendiri untuk memastikan kita hanya membeli @ menggunakan produk/ perkhidmatan yang tidak diragui status kehalalannya. Macam mana lak nak tahu halal atau tak kan?

Nak tahu kena la ada ilmu, rujuk kat sini Halal Jakim.Fikir-fikirkan..

Nota sedih : Teringin sushi tapi ....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PETUA DUDUK ASRAMA

JAKARTA

CUTI-CUTI MEDAN Part 1