KEHILANGAN

Salam Sejahtera.

Hari ini merupakan hari pertama Cek Ya masuk opis, lama bercuti mula dari 20 April sampai la semalam 24 April. Wah!!! masuk-masuk keja jer dengan gaji baru. Maka semangat pun baru la, walaupun mood agak sungul sikit.

Bercuti kemana ye??? Sekali lagi Cek Ya melawat utara Malaysia... Sangat teruja, sebab Cek Ya memang sukakan keadaan negeri-negeri utara ni yang penuh kehijauan, sejuk je mata memandang.

Sebenarnya tu bukan topik utama Cek Ya tau, sebab tajuk pun dah dengan huruf besar nampak sangat pentingkan. Untuk pengetahuan semua, Cek Ya baru dikejutkan dengan kehilangan seseorang yang rapat dengan Cek Ya. Semalam 24 April 2010, Cek Ya kehilangan seorang ahli keluarga iaitu makcik. Pemergian yang agak memeranjatkan semua kerana tinggal beberapa bulan lagi nak sambut syawal niekan tentunya syahdu... Mengenangkan anak-anak sedara Cek Ya yang kehilangan ibu bapa masa diaorang kecik lagi sekarang pulak nenek tempat diorang menumpang kasih sayang selepas mak ayah x de. Walau apa pun kami sekeluarga tetap redha dengan ketetapan Allah swt ni. Sudah tertulis di Loh Mahfus lagi, sekurang-kurangnya beliau tidak menderita lagi menanggung kesakitan yang selama ni ditanggung. Moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman.

Al-Fatihah................
p/s : Cek Ya kehilangan sesuatu sangat sedih, tak pe InsyaAllah kalau de rezeki mesti jumpa balik benda tukan...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PETUA DUDUK ASRAMA

JAKARTA

CUTI-CUTI MEDAN Part 1