JOM TUTUP AURAT

Salam sejahtera semua....

>>>>JOM TUTUP AURAT<<<<<

@_@
#####

Cuba tengok gambar kat bawah nie:-
l
l
l
l
V

Nie Merupakan cara berpakaian wanita islam yang diwajibkan dalam islam... Nampaknya masih ada bahagian yang Cek Ya dedahkan. InsyaALLAh semoga Allah permudahkan dan tetapkan hati Cek Ya untuk berpakaian menutup aurat yang dituntut syarak.

TAPI semuanya mestilah dilakukan dengan hati yang ikhlas kerana ALLAH. Pernah baca tak kenyataan ini:-

" Pakai tudung tapi perangai teruk, mengumpat, memaki dan berhasad dengki"

 Itu memang tak dinafikan, sebab manusia tak pernah lari dari  melakukan kesilapan. Sekurang-kurangnya dosa mendedahkan aurat dan dosa melihat aurat orang lain  tiada. Yang tinggal adalah dosa keburukan lain. Cuba kalau kita mendedahkan aurat + mengumpat + hasad dengki kan banyak dosa tu. Selain tu menutup aurat mengikut syarak ini dapat menghindari kita dari dosa-dosa kemungkaran yang lain.... Fikir-fikirkan.


LETAKKAN SETIAP PERBUATAN KITA ADALAH SEMATA-MATA KERANA ALLAH
"LILLAHITAA'LA"

Menutup aurat bukan semata-mata bertudung tau, tapi mestilah mengikut garis panduan yang telah ditetapkan macam rajah kat atas tue. Fungsi tudung selain tutup rambut tetapi menutup dada. 'Sebab kat dada tu ada aset perempuan yang lelaki tak ada'.

Baju kena longgar dan menutupi punggung, tidak ketat. 'Sebab aset perempuan nie sangat berharga dan cantik. Benda cantik mesti disimpan dengan elok dan rapi kalau tak nanti rosak'..

Kain dan seluar mestilah longgar, tidak jarang dan menutup sehingga ke buku lali. Stokin jangan lupa. 'Sebabnya Allah sayang kat perempuan, DIA tak nak kita rosak dek kerana cantiknya bentuk kaki kita'.

Kain pakaian mestilah tidak jarang tau dan ketat. Perhiasan yang tidak berlebihan, minyak wangi yang mencucuk hidung. Sebabnya Wanitakan perhiasan dunia...

Jom layan gmbar kat bawah nie:-
Ayunya dengan kerudung biru, 








Inilah Oki Setiana Dewi artis Indonesia. Pelakon dalam Filem Ketika Cinta Bertasbih. Masih boleh bergaya walau bertudung labuh. Apa yang penting menutup aurat seperti syarak. Allah suka akan kecantikan.... Tetapi jangan la sampai berlebih lebihan.

Nota buat Cek Ya:- (Cek Ya jarang pakai stokin, kena uban ni)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PETUA DUDUK ASRAMA

JAKARTA

CUTI-CUTI MEDAN Part 1