Rabu, 8 Februari 2012

~JaMBu AiS BaTU~

Salam sejahtera, salam keinsafan...

Salam sayang semua teman2. Mari sama2 kita berselawat keatas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w... Bersama mendapat syafaatnya di akhirat....
                         
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آ  مُحَمَّدٍ          
Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali muhammad 
 Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
...........................................................................................................................................................
Sempena cuti Maulud Nabi dan cuti Thaipusam, Cek Ya ambik kesempatan untuk pulang ke kg halaman yang tercinta... Kg padang Tembak Dalam, Teluk Intan. perak. panjang gitu Cek Ya bagi alamat... Alhamdulillah semua adik beradik Cek Ya berkumpul, so kami pun sepakat untuk pergi berkelah di Kuala Woh, Tapah.

Kuala Woh ini merupakan Hutan Rekreasi. Lokasinya terletak Tapah, Perak. Kalau nak datang kat sini boleh gunakan jaln ke Chameron Highland. Apa yang besh nyer kat sini ada air sungai yang mengalir hehehe boleh la mandi manda. kebetulan masa Cek Ya pergi ini tak ramai sangat orang. So bolehla kami sekeluarga menguasai kawasan hahaha.

Kesokkan harinya Cek Ya, en suami dan adik2 pergi lak ke Teluk Batik n Lumut. Tak jauh pun dari umah Cek Ya dalam sejam lebih je. Kat sini kami tak mandi manda sebab letih semalam pun tak hilang (sebenarnya Cek Ya takut hitam) Cit..... Motif utamanya Cek Ya nak lawat sepupu yang baru bersalin kat Sri Manjung. Alang2 tu g la Lumut n Teluk batik, jalan-jalan n menikmati pemandangan laut. (Aceh... macam kt Banting x de laut je kan). Cek Ya sempat beli sotong kering, pekasam, buah jambu madu dan pelam.

So pekaitan dengan tajuk Cek Ya kan.... Alkisahnya macam nie.

Buah-buahan yang Cek Ya beli tu Cek Ya minta adik kecik Cek Ya simpan.. Iqbal yang comei tu. Dengan penuh semangat Iqbal bawak semua buah tue kat dapur. Masa acara tengok tv beramai-ramai diruang tamu kami teringat buah yang dibeli tadi. Satu rumah Cek Ya cari tak jumpa gak. Nak tanya si kecik tue... entah dia paham ke tak pe yang Cek Ya cakap.... Bila dah selokar satu rumah, baru la kami jumpa buah tu dalam tempat beku peti sejuk. 

Beku buah-buah tue, ibal punya keje..... Hahaha nyilu gigi Cek Ya makan jampu sejuk dan keras macam batu tue. hahaha

Moral : Jom jalan ke Perak sempena Tahun Melawat Perak.... Jgn suh Iqbal simpan buah. hehehe

Tiada ulasan: