SECERBIS NOTA PESANAN 2012

Salam sejahtera...

Hari nie dah 3hb Januari 2011, maksudnya da 3 hari di tahun baru masihi. Alhamdulillah masih diberi peluang untuk terus hidup di dunia ini. Secerbis nota pesanan 2012 merupakan azam saya supaya hari-hari yang mendatang menjadi lebih baik dari yang sebelumnnya.

Pesan buat hati
Kamu kena cekal, tabah dan positif untuk meneruskan kelangsungan hidup  pada masa-masa mendatang... 2011 dah berlalu, segala pengalaman merupakan guru paling berharga dalam hidup ini. Teruskan usaha untuk mencapai apa yang dihajati....

Pesan buat otak
Kamu kena sentiasa menhantar isyarat positif biar hati sentiasa senang, tapi jangan lupa sentiasa mengingatkan hati dan fizikal lain supaya sentiasa berwaspada. Dorongkan hati sentiasa merasakan kelazatan iman dek kerana tugas kamu yang sentiasa mengingati Allah.

Pesan buat mata dan telinga
Kamu kena sentiasa menjaga pandangan dan penglihatan supaya diakhirat kelak ia tidak buta dan tuli kerana sering membuatkan hati lalai.

Pesan buat tangan dan kaki
Kamu kena batasi perbuatan dan pergerakkan supaya menjauhi kemaksiat terhadap Allah, jangan biar kan kamu menghitamkan hati lagi dengan kekotoran dan kemaksiatan dunia.


SEMOGA DI PERKENANKAN ALLAH...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PETUA DUDUK ASRAMA

JAKARTA

CUTI-CUTI MEDAN Part 1