PTPTN oh PTPTN

Salam sejahtera...
Macam tak caye lak dah 8 hari kita meninggalkan 2011, baru hari nie saya dapat mood tahun baru. Lambat betul la saya nie kan... Pepun masih tak terlambat kot. Kalau Kak Wan Fairus ada mesti dia cakap " Kalau ular kat depan tue dah lama kena patuk" hehehe. Sorry kak... luv u.
Sambil-sambil tengok Master Chef tiba-tiba tergerak nak on My Chubby Apple. Mula just nak check PTPTN atas permintaan en.suami sbb nak tgk kne blacklist x nak g oversea la katekan. Nasib teringatkan, klu tak dosa tau hehehe. En.suami dan saya boleh g oversea yeee!!!!
Opss... mesti korang terpikir yg kami tak bayarkan sbb tue check kena blacklist ke tak kan, kami bayarla just kadang-kadang hehehe. Bukan pe kekangan kewangan almaklumla sebelum nie masing-masing kerja pun tak tentu. So kami dah buat keputusan duit KWSP yang boleh dikeluarkan selepas masuk skim pencen akan digunakan untuk bayar PTPTN balik. Sory adik-adik ye, pas nie kami tolong korang lak sambung belajar..... (teringat iklan PTPTN).
Saya dah sah jawatan dalam perkidmatan awam. Tahun nie bulan 3 genap 3 tahun so da boleh siap2 wat pe2 yang patut. En.suami lak bulan 11 nie...  So paham-pahamla adat meminjam kena la bayarkan.
Berbalik kepada tajuk di atas..... pe ye lupa lak! Oh ye... memang saya dah lupa dan abaikan jela. Hahaha
Sebenarnya tajuk tue tiba-tiba je dapat idea di sebabkan rancangan nak melancong ke luar negara. Agak-agak korang tempat mane ye yang sesuai untuk kami berdua 
  Bandung, Indonesia - Boleh shopping dengan harga yang murah, yela mata wang kita kan besar disana. Lg pun ble dapatkan barangan yang branded dengan harga yang murah berbanding di Malaysia.
Eropah - Yang en.suami yang nak semata-mata nak tgk chelsea beraksi di Standford Bridge. Oh tidak.............. 
Korea - Semestinya destinasi idaman saya, en suami pun dak stuju kot. (Bahana Kpop la nie) 
China - Barangan yang murah dan bolehla shopping sakan 
Vietnam - Sangat tertarik nak pergi sini
Mekah - Semestinya rukun islam ke 5 nie kan.
    Sangat berharap g Korea, ner la tau tiba-tiba en.suami diarahkan bertugas kt kedutaan Malaysia di Korea... Saya orang pertama yg provok dia terima. Huhuhu segalanya mungkin .... TIDAK hahaha.

    Oleh itu, moralnya dari sekarang ' Jelaskan Pinjaman PTPTN anda untuk memungkinkan segalanya'. Dengan segala keazaman saya akan menjelaskannya.

    P/s: en.suami saya nak ............. spt yang dijanjikan.

      Ulasan

      Catatan popular daripada blog ini

      PETUA DUDUK ASRAMA

      JAKARTA

      CUTI-CUTI MEDAN Part 1