MENGENAL SRIKANDI ISLAM

Salam sejahtera kepada semua sahabat...
Jika kita aju soalan kenal tak Rihana atau Lady Gaga masing-masing akan terangguk. Ada yang menganggap mereka sebagai idola. Bangga mendendangkan lagu-lagu mereka, fesyen berpakaian diikuti. Malah dianggap sebagai icon kepada dunia sekarang.
Sebagai seorang muslimah saya agak terusik dengan perkara ini. Sebagai manusia saya tidak berhak menghukum dan menyatakan ia tidak patut diikuti seratus peratus kerana mungkin terselit sedikit nilai positif yang patut dicontohi daripada mereka. Terdekit dalam hati ini alangkah indahnya jika icon tadi diberkan kepada sikandi islam pasti kesyumulan islam kembali menyinar didada-dada hati setiap insan.
Mari kita kenali srikandi islam, nilai keperibadian, semangat dan jua istiqamah dalam meniti zaman membangkitkan syiar islam di bumi Allah ini.
1. Siti Khadijah binti Khuwailid Al Asadiyah r.a
Merupakan seorang bangsawan wanita kaya. Mengahwini Nabi Muhammad s.a.w ketika berusia 40 tahun. Isteri pertama Rasulullah s.a.w dan mempunyai 7 orang anak. Beliau sangat taat kepada Allah dan suaminya. Antara golongan terawal memeluk islam, beliau sentiasa bersama dan memberi sokongan kepada suaminya dikala islam mula bertapak dibumi Mekah. Mendermakan hartanya ke jalan Allah dan tidak pernah mengeluh dikala ujian menimpa keatasnya. pemergiaannya amat di rasai Rasulullah s.a.w sehingga Allah menurunkan wahyunya sebagai pengubat rindu Rasulullah kepada isterinya
2. Siti Aisyah binti Abu Bakar As Sidek r.a
Puteri kepada Abu Bakar As Sidek ini seorang yang cerdik dan pintar. Isteri kepada Rasulullah ini merupakan antara periwayat hadis. Di kahwini Rasulullah ketika berusia 9 tahun namun beliau begitu matang dan membesar bersama Rasulullah s.a.w maka beliau terdidik baik dengan landasan Al Quran dan sunah. Digelar Humairah oleh Rasulullah s.a.w dek kerana warna pipinya kemerah-merahan.
3. Siti Fatimah binti Muhammad s.a.w
Puteri Rasulullah ini terdidik dengan akhlak yang baik dan terpuji. Seluruh hidupnya adalah untuk menegakkan syiar islam. Isteri kepada Ali bin Abi Talib ini dikurnikan dua orang putera Hassan dan Husein. Didikan yang diterima secara langsung daripada Rasulullah s.a.w ini membuatkan keperibadiaannya mirip Rasulullah s.a.w. Ketabahan hatinya membuatkan sesiapa sahaja terharu. Pernah ketika Ayahandanya sujud sembahyang dan ditemparkan najis oleh kaum quraisy, beliau membersihkan tubuh ayahnya sambil menangis. Kerinduaannya pada Rasulullah s.a.w selepas kewafatan baginda begitu mendalam. 6 bulan kemudiaan beliau pula menyusuli Rasulullah s.a.w bertemu Penciptanya.
4. Zinnirah r.a
Seorang hamba yang menjadi tawanan perang, berasal daripada Rome dari sebuah keluarga yang miskin. Beliau menerima sinar islam dan menjadi antara terawal yang menganutinya. Berita keislaman beliau diketahui sehingga ke pemimpin quraisy iaitu Umar Al Khattab (ketika beliau belum memeluk islam). Umar terdengar bacaan ayat suci Al-Quran yang dibaca Zinnirah lalu menyiksa beliau dengan begitu kejam. Diheret dipadang pasir dan dijemur. Dipukul dan disiksa namum bibirnya tak lekang berzikir mengingati Allah. Sehingga matanya buta namun cahaya islam begitu menyinar dihatinya. Penyiksaan Zinnirah diketahu Abu Bakar r.a dan beliau dibeli dengan harga yang begitu tinggi oleh Abu Bakar r.a. Matanya dikembalikan penglihatan oleh Allah s.w.t dan ia menarik ramai golongan kafir memeluk islam.
5. Rumaisa binti Milhah (Umm Sulaym) r.a
Wanita yang menetapkan maharnya dengan keimanan. Di ceraikan Malik bin Nadir, suaminya kerana memeluk islam. Ketabahannya mendidik anaknya Anas ibnu Malik sehingga menjadi cendekiawan islam yang terkenal dalam meriwayat hadith. Hadir pinangan daripada hartawan Abu Talhah jua seorang rupawan yang menjadi kegilaan para wanita. Tetapi Rumaisa begitu tegas dalam pendirian dek kerana kafirnya Talhah. Memetapkan keimanan dan mengetepikan harta sebagai mahar cintanya. Sehingga terkedu Abu Talhah dan membawa keislamannya
6. Asma' binti Abu bakar As-Sidek r.a
Saudara kepada Aisyah isteri Rasulullah dan jua isteri Zubair bin Awwam ini mengutamakan redha Allah dalam perjuangannya. Begitu berani semasa mempertahankan ayahnya dan Rasulullah semasa penghijrahan dari Mekah ke madinah. Sehingga ditampar Abu Jahal sehingga terpelanting anting-antingnya. Beliau jualah yang menbekalkan makanan kepada Rasulullah dan ayahandanya ketika saat genting mereka. Sehingga gelar "Dhatun Nithaqain" bermaksud wanita yang mempunya dia tali pinggang oleh Rasulullah s.a.w rentetan kebijaksanaanya mengoyak ikatan pinggangnya dijadikan tali pinggang bekalan makanan dan air semasa peristiwa hijrah. Beliau begitu zuhud, tidak loket mendermakan hartanya kejalan Allah.
Antara srikandi islam yang dapat saya kenalkan, sebenarnya ramai lagi srikandi yang boleh dijadikan icon. Moga kita mendapat redhaan didunia dan Akhirat.... 
Gambar hiasan.
Nota Kecik : Jom kenali srikandi islam dan kita selangkah mendekati islam.... Islam itu indah.

Ulasan

cik pinaz berkata…
islam memang indah .. hebatkan srikandi islam zaman dahulu ..

Catatan popular daripada blog ini

PETUA DUDUK ASRAMA

JAKARTA

CUTI-CUTI MEDAN Part 1