Sabtu, 3 Disember 2011

KERISI TAUCU BERSAMA TERUNG PIPIT

            Resepi temurun arwah nenek, Sempat saya belajar daripada arwah nenek tercinta. Walaupun tak menuntut secara formal tapi sentiasa segar di ingatan dan lidah (semestinya). Okla kita mulakan. Pastikan perkakasan memasak lengkap (sangat penting) terutama tong gas yang berisi. He3




BAHAN-BAHANNYA

  •  2 ekor ikan kerisi
  • 1 labu bawang besar (dimayang)
  • 2 ulas bawang putih (dimayang
  • Halia (sedikit je)
  • 3 sudu besar taucu
  • 4 tangkai cili api (ikut selera)
  • 1 tangkai cili merah 
  • 15 biji terung pipit
  • 1 batang serai


CARA-CARA PENYEDIAAN


  • Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang besar dan halia.
  • Setelah naik bau, masukkan taucu dan sedikit air.
  • Masukkan ikan kerisi dan seterusnya serai untuk menghilangkan bau hanyir.
  • Masukkan cili api, cili merah dan terung pipit.
  • Masukkan gula dan sedikit garam. (garam sedikit sahaja kerana taucu sedia masin)
  • Setelah ikan empuk dan rasanya sebati bolehkan api dapur gas dimatikan (urmm)
  • Dan bolehlah dihidangkan 

Saiz hidangan : 2 orang




Nota Kecik : kredit to Arwah nenek tersayang Hajah Gami binti Niman (Al Fatihah untuk
                     Allahyarhamah)



Tiada ulasan: