Rabu, 7 Disember 2011

CERITA SEPOHON POKOK

Hari ini saya nak bercerita mengenai sebatang pokok. Cerita yang boleh menaikkan motivasi.

Di pinggir sebuah hutan, terdapat sebatang pohon epal yang sangat besar... Di dahan pohon yang gah berdiri itu terdapat sebiji epal yang yang cantik. Dengan warna yang kemerahan dan agak bersinar bila di pancar cahaya matahari. Namun demikian,buah epal tersebut tersembunyi di celahan dedaun yang rimbun menghijau.
Setiap manusia  yang lalu pasti akan tercari-cari buah epal tersebut. Namun masing-masing akan berlalu dengan hampa kerana buah epal yang ranum itu tidak kelihatan kerana ditutupi rimbunan dedaun yang menghijau.
Suatu hari datang dua ekor tupai hinggap di dahan pohon tersebut, lalu terpandanglah buah epal tersebut. Tupai jantan memuji-muji akan kecantikan buah epal tersebut dan berkata kepada tupai betina bahawa buah epal itu miliknnya kerana dia yang menjumpai dahulu. Namun tupai betina pun turut mahukan buah epal tersebut.

"Lihatlah buah epal ini, sangat cantik, sungguh licin kulitnya".Sambil membelai-belai epal tersebut. "Disebabkan aku yang menjumpainya dulu maka ia milik aku".

Tupai betina mencebik. Tangannya rakus mahu mencapai buah epal tersebut, tetapi sempat dihalang tupai jantan." Tidak! aku juga mahukan epal ini. Aku sudah melihatnya sedari tadi sebelum engkau memandangnya". Pintas tupai jantan.

Mereka saling berkelahi berebut akan buah epal tersebut. 

"Baiklah jika begitu kita bertanding mecari siapa yang paling hebat pada poko ini" Ujar tupai betina.

"Aku setuju, tentu sekali daunlah yang paling hebat. Cuba lihat saja daun pokok ini yang merimbun, sudah tentu epal ini selamat daripada pandangan mata manusia. Daun juga yang membekalkan makanan pada pokok ini melalui proses fotosistesis". Tungkas tupai jantan penuh yakin.

Sambil memerhati tupai betina terlihat akan batang pohon epal yang tegap." Cuba kamu lihat batang pohon ini yang tegap, sangat gagah bukan. Kalau bukan disebabkan batang yang tinggi itu tentu buah epal ini akan cepat rosak diburu serangga". Tegas sang tupai betina dengan nada yang agak tinggi, tidak mahu mengalah.

"Melalui batang pokok air dapat dialirkan pada seluruh pohon ini. Hebat bukan batang ini". Tambah tupai betina.

Masing-masing berebut-rebut mahu memetik buah epal itu. Tiba-tiba buah tersebut jatuh bergolek dibawah tanah. Dua ekor tupai tadi saling berkejaran mahu mendapatkan epal itu. Setelah berada di bawah pokok epal tersebut. Mereka terdengar satu suara yang menyergah.

"Hei sang tupai, mengapa kau berkelahi sehingga buahku jatuh. Kamu menyebabkan seluruh bahanku sakit". Jerkah satu suara yang sangat garau.

Tupai jantan dan betina tercari-cari darimana datangnya suara itu. Rupa-rupanya ia adalah suara pokok epal, mereka berdua terkejut dan hampir sahaja mahu lmelarikan diri.

Tupai jantan menberanikan diri berkata-kata. " Kami tidak bertujuan mahu menyakiti kamu tetapi kami hanya mahu mengabil buah daripada pohonmu, maafkan kami" rayu sang tupai jantan menyesali sikapnya sebentar tadi. Tupai betina hanya tunduk ketakutan bersembunyi dibelakang tupai jantan.

"Wahai kamu si tupai jantan dan betina, aku terdengar akan perkelahian kamu tadi. Tahukan kau bahawa pada tubuhku ini aku paling mengagumi akarku." Renung pokok pada dua ekor tupai tadi.
Tupai betina menberanikan diri dengan bertanya. " Mengapa?". Dengan suara yang tersekat-sekat.

 Pokok epal itu tersenyum memandang tupai betina."Akar ini amat berjasa, kukuhnya ia menahanku dari rebah dibadai angin. Dia sentiasa kuat memecah tanah dan batu mencari air untukku terus hidup dan dia jualah yang sentiasa berbakti memaut batang, daun dan buah dari jatuh". Penuh sayu pokok itu terus bercerita.

"Namun aku tetap bersyukur kerana batangku sungguh setia mempertahanku dari kehausan, daunku cukup baik dengan sentiasa memberikan makanan kepadaku sehinggakan lahirnya buah terbaik yang kamu rebutkan tadi".sambung si pokok dengan nada lembut.

Tupai jantan dan betina tunduk malu akan perbuatannya tadi. sambil tangannya menghulurkan buah epal tadi kepada pokok epal itu.

" Maafkan atas keterlanjuran kami, rupannya apa yang kami tengkarkan tadi tidak benar rupanya".

"Tidak mengapalah, kamu ambilla sahaja buah itu, sebagai hadiahku kepada kamu berdua. Selagi aku hidup, daunku masih segar, batangku kukuh berdiri dan akarku gagah memaut bumi, aku akan pastikan ia sentiasa bekerjasama untuk melahirkan buah yang terbaik. Apa yang pasti hasilnya adalah untuk manusia dan kamu sang tupai. Kamu berkongsilah atas nikmat kurniaan Allah ini".

"Terima Kasih wahai pokok". Ucap dua ekor tupai tersebut.

Mereka berlalu pergi meninggalkan si pokok itu. Pokok itu kembali memerah keringat bekerjasama antara satu sama lain bagi memastikan buah yang akan lahir adalah yang terbaik.

Gambar Hiasan
 Moralnya: 
  • Sentiasa bekerjasama dan  berusaha akan menghasilkan suatu yang terbaik.
  • Kita sebenarnya adalah sentiasa berkongsi contohnya bumi, matahari, bulan dsb

Nota kecik : hasil kreativiti saya... pengambilan untuk tujaan baik dibenarkan.

Tiada ulasan: