Rabu, 23 November 2011

YA ALLAH HIBURKAN HATIKU

Alhamdulillah... syukur kepada Ilahi berjaya juga akhirnya KAKOM 2011. Selaku tuan rumah mestilah kami nak buat yang terbaikkan. So kembali kepada rutin harian biasa, tak perlu lagi kerja malam. Erm yang paling seronok en.suami pun dah berakhir kursus yang jauh-jauh.

Dalam kesibukan seharian nie maka terdetik juga jiwa nakkan hiburan... Tercari-carila masa yang senggang untuk 'berhibur'. Terlalu terkejar-kejar dalam sebulan dua lepas membuatkan aku agak tension. Maka terlalalila seketika 'Astafirullah Halazim'.

Radio buruk tinggalan bekas pelajar semasa di SMTKK dulu aku terpandang. Ermm... nampaknya aku dah dapat salah satu hiburan dan yang pentingnya frekuansinya masih sama seperti dulu. Semenjak kawin  radio tinggalan nie tak pernah terusik. Dan yang paling terkesan dalam jiwa,aku semakin jauh dan lalai dari terus bersamanya. Bersamanya banyak pesanan pengajaran dan alunan yang tersangat merdu. Alunan yang menenangkan jiwa tapi dewasa nie semakin ramai yang menggunakannya semata-mata untuk menghalau hantu. Sedangkan kafiatnya sangat banyak. Amalannya menjanjikan kerahmatan ALLAH.

Radio tinggalan aku usap habuknya, bila di goyang kuar satu bunyi seakan ada satu kompenannya tercabut. Aku cuba menghidupkannya kenbali dan lokasinya di bilik bacaan aka bilik sembahyang. Alhamdulillah masih berfungsi dengan baik, rahmat ALLAH amat banyak dengan Rahman dan Rahimnya aku kembali tersedar.

Alhamdulillah, berkat radio tingalan ini aku masih boleh berhibur dan yang pasti hiburan memdidik jiwa. Aku boleh mendengar tazkirah Ustaz Zahazan (pendakwah yang aku kagumi). Walaupun keterbatasan dalam mencari majlis-majlis ilmu tapi radio tinggalan ini masih berkhidmat dengan baik dengan memastikan aku mendapat pedoman dan petunjuk.

Saluran IKIM.FM yang aku maksudkan telahku kenali diusiaku 16 tahun pada tahun 2001. Dengan tidak sengaja aku mencari-cari siaran radio yang boleh aku dengari selain lagu-lagu yang popular pada masa tersebut. Jejari cumel ini memutar button siaran dan disitu jejari ini terhenti pada satu saluran yang mendendangkan lagu-lagu nasihat. Aku semakin pelik kerana aku hanya mendengar tazkirah, alunan ayat suci Al-Quran dan nasyid. Dan rupanya ia adalah IKIM.FM. Terima Kasih....

Aku masih mencari dan aku semakin pasti apa yang aku inginkan, apa yang aku harapkan dan semakin jelas ia adalah aku. petunjukMu aku dambakan hanya kernaMu....


1 ulasan:

cik hani berkata...

setiap yg brlaku ade hikmahnye..