ISTIKHARAHKU DALAM MENCARIMU...

Alhamdulillah... Terima kasih Ya Allah kerna Rahman dan RahimMu, pelayaran bahtera rumah tanggaku telah mencapai usia satu tahun genap pada 26.11.2011.

KurniaanMu amat besar, walau kadangkala terjelepuh jua aku dalam menghadapinya. Ermm... Sepanjang usia perkahwinan ini membuat aku semakin matang dan ampuh mental dan fizikal dalam menempuhi ranjau hidup lagi-lagi dalam kesibukan duniawi ini. Sedar tak sedar aku dah melalui alam berumah tangga selama setahun. Memang tak dinafikan kadang kala bergolak jua lautan tenang. Tapi berkat kasih dan sayang Allah s.w.t mampu jua aku tempuhi. Bak kata P.Ramlee dalam lagunya dalam filem 3 Abdul " Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri".

Daripada menumpng rumah orang tua kini dah berumah sendiri walaupun kuarters tapi InsyaALLAH proses membeli rumah sendiri sedang dibuat. Cuma terpaksa berdepan dengan kerenah birokrasi yang kadang kala memyesakkan dan menguji kesabaran.

Rasanya sangat beruntung mempunyai seorang suami yang sangat bertanggungjawab dan memahami isi hati seorang perempuan. Berkat daripada istikharah dalam mencarinya... Rahmat daripada hajat dalam mendambakan seorang suami, tatkala semangat yang semakin diragut dalam mencari kepercayaan tentang dirinya. Alhamdulillah ALLAH tidak menghampakan aku dengan istikharahku lalu diberikan pedoman menjurus aku memilih dia sebagai seorang suami.

Suami yang bertanggungjawab bukan hanya pada aku, keluarga dan yang paling aku kagumi dalam ketaatkan pada ALLAH. Suami yang dapat menjadi imam dalam solatku, imam dalam kehidupanku dalam mencari redhaMU. Kerana aku bukan insan sempurna yang boleh dibanggakan justeru itu aku perlukan seorang suami yang mampu membimbingku kejalan keredhaan ALLAH.

Janjiku padamu suamiku, akanku lindungi auratku hanya untukmu. Akanku tutup aibmu kerna itu maruahmu. Akanku rawati lukamu ia jua kesakitanku. Akanku batasi pergaulanku demi kasihku. Akanku jaga maruahku sebagai isterimu. AKU MENCINTAIMU KERAMA ALLAH.

SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN KITA YANG PERTAMA




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PETUA DUDUK ASRAMA

JAKARTA

CUTI-CUTI MEDAN Part 1