PENILAIAN BARU GANTI PTK ~ PROSPEK~

Lebih kurang pukul 11.45 pagi tadi baru habis daripada Kajian Rintis Program Bersepadu Pembangunan Kompitensi (PROSPEK).... Ermmm jadi responden dah mcm jawab periksa SPM lak. Siap dengan Pensil 2B, Pemadam, kertas OMR.  Berkocak gak la otak tadi dengan 5 kertas OMR perlu diisi, soalannya plak sungguh menguji minda hihihi...
Sebenarnya KMS antara yang dipilih untuk menjadi perintis bagi kajian PROSPEK (KPM) nie. Saya lak antara staf KMS yang dipilih sebagai responden. Sebelum itu, mesti ada yang tertanya-tanya apa itu PROSPEK?????
Ingat tak masa pembentangan Bujet 2011 tahun lepas. PM de membuat pengumuman yang PTK telah dihentikan. Sebelum ini, PTK (Penilaian Tahap Kecekapan) adalah satu sistem peperiksaan penjawat awam untuk kenaikan pangkat. PTK ini merupakan peperiksaan yang perlu diambil bagi melayakkan kenaikan pangkat sekiranya lulus dengan tahap yang telah ditetapkan.

Oleh itu, satu sistem baru dibentuk bagi mengantikan PTK iaitu PROSPEK. PROSPEK masih di peringkat kajian dan berkemungkinan besar akan diguna pakai sebagai sistem baru mengantikan PTK.
 Berdasarkan maklumat yang diperolehi semasa taklimat dan kajian tadi boleh dinyatakan bahawa penilaian kompentensi ini lebih kepada penilai kerja melalui :-

1. Semakan Efeden
2. Temubual
3. Pencerapan
4. Pemerhatian

Terdapat dua kompenan
 1. Penilaian Khas Kompetensi (PKK) - Dibuat oleh pegawai yang bergred lebih tinggi di jabatan masing-   masing, terdapat beberapa aspek yang dinilai.
2. Program Pembangunan Potensi (PBP) - Selepas PKK lepas, penjawat awam perlu melepasi PBP bagi melayakkannya. Jumlah PBP = Jumlah kekosongan jawatan (untuk yang nie x nampak kesesuaiannya)

Banyak lagi sebenarnya penerang tadi tadi nie antara yang dapat di tulis. Bukan apa ia masih di peringkat kajian terakhir (barangkali) dan ada beberapa perkara yang perlu diperhalusi lagi. Jadi untuk mnegelakkan salah faham better kita tunggu sampai pekeliling baru dikeluarkan oleh JPA.

Pada pendapat peribadi selaku penjawat awam. Rasanya akan ada unsur2 berat sebelah... kipas mengipas la lepas nie. Harap2 penilaian kali ini lebih telus, adil dan saksama.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PETUA DUDUK ASRAMA

JAKARTA

CUTI-CUTI MEDAN Part 1