Makanan Pelik Tapi Sedap

Untuk entry kali nie i nak share makanan yang pelik tapi sedap... Umum mengetahui yang Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum, dan setiap kaum pula terdiri daripada pelbagai etnik. 

Opss sekarang nie i nak tulis pasal makanan yang pelik tapi sedap. Hasil daripada pemerhatian i sendiri sebenarnya. Mungkin di tempat lain banyak lagi makanan yang pelik tapi sedap. Pe pun jomkita layan....

Gulai Batang Pisang
Masakan nie i pernah makan semasa mengharidi kenduri kawin kawan i di Sg Petani Kedah. Masakan ini popular teruma di negeri belah utara Malaysia

Tumis Kulit Tembikai

Nampak menyelerakan.... Sebenarnya i x penah rasa tapi housemate i dulu pernah bagi tau di negeri seleah pantai timur kulit tembikai di masak tumis x pun buat kerabu. Tapi bukan la kulit yang belah luar warna hijau tu tapi yang kat dalam warna putih 2. Housemate i ni lak asal orang kelantan.

Kerabu Bunga Durian

Mungkin bagi orang muda makanan nie agak pelik tapi bagi golongan yang berumur seperti nenek2 kita sangat mengemarinya. 
Sambal Taun Kulit Lembu
Mungkin pelik kedengaran masakan ini tapi bagi i sendiri yang dilahirkan dan dibesarkan dalam masyarakat jawa masakan ini amat sinonim apatah lagi untuk menghasilkan kulit lembu atau 'lulang' ia memerlukan masa yang agak lama dalam menyediakannya. Dimana kulit lembu yang disiat akan di jemur hingga kering seterusnya dibakar dan dikikis. Seterusnya ia direbus sehingga embuk dan akhirnya dicampur dalam masakan. lebih kurang 2-3 bulan proses ini dibuat sehingga terhasinya makanan ini, Selain sambal taun ia juga boleh dimasak taucu.

Masak Lemak Landak
Masakan nie mungkin jarang dinikmati atau kita baru mengetahui yang landak nie halal untuk dimakan. Harus di ingat landak nie haiwan terpelihara. Cuma restoren tertentu sahaja yang ada menghidangkan masakan ini,

Sambal Tempoyak Daun Kayu
Masakan ini amat popular bagi penduduk negeri 9. Sebenarnya kawan sekerja i yang kenalkan dengan masakan ini. Lebih kurang 20 jenis daun ulaman digunakan dalam resepi nie. antaranya daun kaduk, pucuk ubi dan pelbagai lagi jenis ulaman. So nampaknya nie kategori makanan berkhasiatla cuma penggunaan santan perlu dikurangkan.

Lemang Periuk Kera



 Pertama kali mencuba masakan ini ketika mula-mula bertugas di daerah Kuala Kangsar, Perak. Cara pembuatannya tidak sama dengan lemang buluh biasa kerana ia di sediakan bersama periuk kera betina dan dia dikukus. Sesuai dihidang bersama rendang.

Sate Ulat Sagu

 Sangat popular di negeri Malaysia Timur... Dikatakan mempunyai protein yang tinggi.

Hrmm...mungkin satu hari nanti ada kesempatan boleh mencuba makanan pelik tapi sedap ini. kalau ada makanan pelik lain boleh la kongsi bersama.

AdIOs AmIGoS







Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Cool I just got a free Minecraft gift code at freeminecraftgiftcode{dot}net

Catatan popular daripada blog ini

PETUA DUDUK ASRAMA

JAKARTA

CUTI-CUTI MEDAN Part 1