Ahad, 24 Julai 2011

BiLa Ramadhan Menjelang

Tinggal sekitar 7 hari lagi bulan Ramadhan bakal menjelang. Rasa excited lak, yela ni 1st Ramadhan as Wife to Mr Mohd Shafrin Azwan bin Samsudin. Ermmm... sebenarnya agak takut jugak, yela selama nie ikut suka je nk mkn sahur @ tak tapi mcm lebih kpd x la jawabnya. Sekarang ni kena bangun pagi masak dan sahur sekali. Wah2 kena tempoh 30 hari untuk harungi benda yang sama. Setakat nie Mr husband x la banyak ragam pasal mkn cume dia suka mkn pedas. Mrs Wife lak x suka pedas so alu kena masak 2 menu la ni.

Kari daging ( Mr husband favorite)
Sup ayam cendawan (Mrs Wife favorite) Yummy













Hehehe saje je letak pic 2 menu favorite kite org ni... klu sup ni slalula i buat tp kari ni rase ye sejak melayari bahtera rumah tangga baru sekali.


Opss, berbalik pada kisah menjelang Ramadhan ni lak, sebenarnya i sangat suka bulan penuh berkat ni kalau ble biarla bulan Ramadhan ni ada dalam 2 or 3 buan dalam setahun sbbnya bulan ni sangat istemewa selain darisegi ganjaran amal ibadahnya tetapi dari segi kekeluargaan dan silaturahim. Kalau di kampung i masa terawihla dpt berjumpa seluruh ahli kariah kampung.

Sebenarnya bulan Ramadhan ni bula tarbiah, membentuk dan membimbing umat islam agar lebih berjimat cermat, istiqamah dalam ibadah, wasatiah dalam segala hal.Dalam bulan Ramadhan ni terdapat satu ibadah wajib selain berpuasa iaitu zakat fitrah. Dengan zakat dapat memuput umat islam agar sentiasa bersedekah, mengeluarkan sebahagian harta ke jalan Allah. bukan setakat zakat fitrah sahaja yang harus ditunaikan setahun sekali tetapi zakat2 lain jua apabila cukup haul dan nisabnya.

Didalam bulan Ramadhan itu terdapat satu mlm yang di panggil malam Lailatul qadar dimana ganjaran ibadahnya menyamai 1000 bulan. Moga2 Ramadhan kali ini dapat mempertemukan kita dengan mlm penuh barakah ni.

Doa : " Ya Allah, mudahan kau pertemukan Aku, Suamiku, Kaum keluargaku, rakan-rakanku dan semua umat islam dengan Ramadhan kali ini. jadikan lah Ramadhan ini lebih baik dari sebelumnya. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui, Amin"

Sempena Ramadhan kali ini, ingin sekali membawa perubahan dalam hidup, satu perubahan yang lebih baik dan mudahan ia berpanjangan hingga ke hujung nyawa.

Kepada Mr husband mudahan kita menjadi pasangan diberkati Allah... Bimbinglah isterimu ini  menjadi muslimah sekati. Mari lah kita bina keluarga yang Sakinah, Mawaddah dan Warrahmah.


 
MARHABAN YA RAMADHAN





Tiada ulasan: