Rabu, 16 Mac 2011

Teknologi VS Kuasa Allah

11 Mac 2011, Hari jumaat seronok giler nk tunggu tarikh nie sbb nk blk kampung le katekan. Klu dihitung ber juta-juta saat lamenya aku x jejakkan kaki kat kg halamanku tercinta Kg padang Tembak Dalam, Teluk Intan Perak lbh kurang sebulan je lbh tepatnya. Siap ambik cuti lagi jumaat nie sbb mlm khamis nk bertolak blk kg.

Tengah syok layan adik aku Mamet @ Ibal yg sedang mendera kucing kesayangannya Si Putih mataku terkalih kt screen tv brite terkini... 'Jepun di landa gempa bumi berskala richter 8.9 diikuti dengan tsunami berketinggian 2 meter' lbh kurang cengini le penyampai berite tue ckp.


Nie lokasi pusat gempa bumi


Pehh!!! dasyat sungguh. Jepun yang terkenal dengan teknologi maju tue pun tidak dapat mengelak drpd benca alam ni. 'Aduh' Kuang hasam boy betoi Putih nie tengah syok aku tengange mulut tgk berite nie ble dia gigit jari aku yang cute ni. Siap ko pas ni aku goreng ko....

Petang tue aku sembang2 dengan ayah, mak dan encik suami Mohd Shafrin Azwan Samsudin (name panjang gitu). Aku pun bukak citer pasal Tsunami ni berbekal ilmu geografi yang aku blajar time Menengah Rendah dan sikit masa SPM dulu. 
Citer pun bermula.......

Ni la lokasinya dekat la klu tgk dgn pusat gempa2
hehehe klu tgk dr map ni memang la punkn
 Tsunami bermaksud Ombak Tinggi ia terjadi selepas berlakunya gempa bumi.

Disebabkan Jepun terlepak di lingkaran api pasifik maka negara nie begitu terdedah dengan aktiviti pergerakan plat tetonik bumi. Selain itu, gunung berapinya juga kembali aktif apabila gunung berapi Shinmoedake yang terletak di Pulau Kyushu kira-kira 1,500 kilometer dari pusat gempa baru baru ini mengeluarkan tanda-tanda akan meledak... Semakin subur Jepun nampaknya. Jom kite tgk kt mane lokasinya lak...



  

 

Bekepul-kepul asap kuarkan...
 

Cantikkan pemandangan Gunung Berapi Shinmoedake nie

Bukan setakat dengan kembali aktifnya gunung berapi ni aje tp bencana yang diterima Jepun lg dasyat iaitu kebocoran radiasi di loji jana kuasa nuklear Tokyo Electric Power Co’s (TEPCO) Fukushima Daiichi. 3 reaktornya telah meletup... nampaknya bayangan malapetaka Hiroshima dan Nagasaki bakal berulang lagi. Atau mungki wujudnya Ghost Town ke2 selepas Chernobyl, Ukraine. kesannye Sehingga sekarang tiada seorang pun yang berani menghampiri tempat ni. Takotnya!!!! betul ke jd pekan antu meh kite tgk gambo bwh nie.

Mak ai, ceh tgk bcaan tahap radiasinya


Fuhh... sape curi kain langgir nie ....
Boleh ler... Samsul Yusof wat citer khurafat 2 kat cni
 Berpenuh teman nak taip abis citer ni... Jab pekena air oren secawan.

Ok sambung balik, Jepun merupakan negara yang hebat dalam bidang sains dan teknologi, selepas kejatuhannya pada perang dunia yang kedua. Jepun membina empayarnya semula berlandaskan teknologi yang moden dan terkini maka tak hairan lah semasa era kepimpinan perdana menteri Malaysia yang keempat telah menjadiakn negara matahari terbit ini sebagai model dalam pembangunan Malaysia dalam pelbagai bidang terutama inovasi teknologinya. Ermm...Ermm ayat skema plak.
Sebenarnya cuma nak mengatakan bahawa secanggih mana pun teknologi manusia tetap tidak dapat menandingi Kuasa Allah s.w.t.... klu x caye tgk gampar ini.



Fuh!! dasyat tue
 


Rumah ranap samapi tebakar lagi


Wah, nie kesan kat negara yang maju seperti Jepun yang mempunyai teknologi amaran tsunami yang canggih.
Jepun juga membelanjakan sebanyak US$ 20 milion setahun untuk teknologi yang diberi nama 'tsunami alert system'.

Tsunami detection buoy

Walaupun teknologi seperti ini masih tidak mampu menandingi bencana alam ini tetapi ia boleh mengurangkan jumlah kerosakan dan korban nyawa...

Alkisahnya..........
Terima kasih buat cikgu geografi aku Cikgu Azman hehehe, boleh aku buat perkaitan masa blajo dulu2 dan kejadian sekarang....

3 ulasan:

My sWeeT LoLypOp berkata...

hihi...wah ingat g ng cikgu geog ye...

Ummi Shafeha berkata...

Ingat punya dari tingkatan 1 dok ngajo hehehe

leeya berkata...

sedey sgt dengar cter makcik siti nih..:(