Pedih Ulu Hati

Sepanjang minggu lepas Allah bagi dugaan kat aku, pedih ulu hati... seksa juga rase mual n nak muntah memanjang. Tak boleh nk duduk sangat sebab perut jadi pedih menekan perut. Alhamdulillah skang da beransur sembuh... Ak de wat resert skt pasang pedih ulu hati nie.


Punca pedih ulu hati
[stomachub9.jpg]


1. Seseorang yang menghidap penyakit gastrik atau dalam istilah perubatan disebut ‘Penyakit Peptik Ulser’, sering mengalami pedih ulu hati.Ia kerap berlaku dalam keadaan perut yang kosong, terutama pada waktu lewat malam atau awal pagi.Penyakit peptik ulser adalah sekumpulan penyakit yang disebabkan oleh asid di dalam sistem penghadaman perut. Ia merangkumi penyakit ‘Duodenal ulser’, ‘Gastric ulser’ dan ‘Refluks Oesophagitis’. Ia berpunca daripada asid yang merosakkan dinding perut. Sebahagian daripada pesakit gastrik ini mempunyai kuman ‘Helicobacter pylori’ dalam perut mereka, yang bertindak melemahkan ketahanan dinding perut daripada ancaman asid

2. Pedih ulu hati juga terjadi kepada wanita hamil.  Ia adalah disebabkan peningkatan paras hormon estrogen dan progesteron. Perubahan hormon ini juga menyebabkan mood berubah terutama ketika trimester pertama dan terakhir.75 peratus wanita hamil mengalami pedih ulu hati. Ia berlaku apabila kandungan dalam perut ditolak kembali ke esofagus (saluran makanan) menyebabkan ia dalam keadaan terapung (reflux), lalu mengganggu lapisan lembut dalam saluran tersebut, Bagi wanita hamil, peningkatan hormon kehamilan menyebabkan otot sfinkter esofagus bawah (LES) mengendur antara esofagus dan perut. Tekanan di dalam abdomen yang meningkat sejajar dengan perkembangan bayi menyebabkan kandungan perut mudah ditolak semula ke esofagus.

3.Radang pankreas, juga berlaku kerana tabiat meminum minuman keras dalam jangka masa yang lama dan dengan jumlah yang banyak.

4. Radang hati (hepar)

5. Radang apendiks

6. Kanser hati

7. Aortic aneurysm

8. Radang pundi hempedu berpunca daripada batu dalam hempedu (cholecystitis) turut menyebabkan pedih hulu hati.

9. Serangan jantung,  pesakit yang mengambil aspirin bagi merawat penyakit jantung, angin ahmar dan lain-lain juga pernah mengadu sakit di bahagian hulu hati yang berpunca daripada radang perut (gastritis).

10. jangkitan kuman di paru-paru (pneumonia)

11. pengambilan ubat ponstant bagi mengurangkan kesakitan ketika haid boleh menimbulkan pedih perut di kalangan wanita
 
Gejala/Sintom 
1. Kepedihan yang dialami oleh penghidap penyakit peptik ulser ini berbeza, tetapi berada dalam lingkungan sakit sedikit hingga kepada sakit yang teruk berdasarkan tahap penyakit yang dihidapi. Biasanya, apabila rasa pedih ulu hati menyerang.
2. Pesakit gastrik berasa sebu pada bahagian atas perut. Mereka juga sering mengalami jeluak dan sedawa. Ada juga kes yang dikategorikan sebagai teruk, pesakit akan buang air besar  


3. Mereka yang mengalami pedih ulu hati akan berasa pedih pada bahagian atas dada, perut tidak selesa, sukar menelan, kandungan makanan ditolak kembali, rasa pahit atau asid dalam mulut  


4. Jika pedih hulu hati ini berpunca daripada radang saluran makanan (esofagitis), sakit yang bermula di bahagian hulu hati akan naik ke atas yang dikenali sebagai heartburnKeadaan ini mengakibatkan pesakit mengalami rasa panas pada bahagian depan dan belakang dada.
 
 Cara Mengatasi
1. Antasid. Ia bertindak meneutralkan asid perut, namun jika diambil dalam kuantiti berlebihan boleh menyebabkan sembelit (elakkan penyediaan yang mengandungi sodium atau aluminium). Rawatannya pantas tetapi dalam bentuk jangka pendek. 


2. Penghalang H2, penyekat pam proton (pengurang asid) Ia menyerap ke dalam saliran darah untuk mengurangkan penghasilan asid dalam perut. Tetapi kaedah ini tidak disyorkan ketika mengandung.


3. Alginates Dihasilkan daripada rumpai laut coklat iaitu laminaria hyperborea. Ia tidak diserap dalam saluran darah dan disahkan secara klinikal memberi kelegaan untuk pedih ulu hati ketika mengandung. Contoh ubatan yang mengandungi alginates adalah Gaviscon. Alginate menghasilkan satu penghalang kuat yang seakan terapung apabila ia bertemu asid perut. Kandungan apungan di bahagian atas menghalang asid daripada bertemu dengan esofagus.


Apa yang perlu dilakukan bagi mengelakkan pedih ulu hati? 


1. Ambil hidangan dalam jumlah yang kecil tetapi kerap. 


2. Kunyah dengan perlahan setiap kali makan. Jangan tergopoh-gapah. 


3. Elakkan makanan mengandungi rempah, pedas, menggunakan banyak perasa, berlemak, coklat, alkohol, kafein dan berpudina. 


4. Pakai pakaian yang longgar di sekitar perut. 


5. Duduk dengan selesa. Jangan lakukan pergerakan seperti melipat badan yang menyebabkan bahagian perut diasak. 


6. Jangan membongkok ketika mengambil barang. 


7. Lakukan senaman ringan seperti berjalan kaki secara sederhana. 


8. Elakkan berbaring atau tidur dalam masa dua jam selepas makan. 


9. Jangan merokok. 


10. Biarkan minuman panas sejuk sebentar sebelum diminum. 


11. Tangani stres dengan tenang. 


12. Cuba kawal pertambahan berat badan. Dapatkan berat badan seperti yang disyorkan. 


13. Ibu-ibu hamil perlu menjaga kesihatan diri dan lebih proaktif dalam memahami perkara yang berkaitan dengan kehamilan mereka. Jaga pengambilan nutrien anda, pengambilan vitamin dan suplemen ketika hamil amat penting iaitu asid folik, multivitamin dan kalsium.

Komplikasi/Kesan 

1. Komplikasi yang mungkin berlaku kepada pesakit peptik ulser atau gastrik termasuklah pendarahan, kebocoran dinding perut dan stenosis iaitu perut sumbat. Semua komplikasi ini dikategorikan sebagai teruk dan boleh mengancam nyawa.Sekiranya seseorang itu mempunyai tanda penyakit gastrik adalah baik bagi mereka mendapatkan khidmat nasihat dan rawatan doktor. 

2.Pedih ulu hati yang kronik boleh mengganggu tidur dan menjejaskan selera makan. 
 
Hasil daripada pembacaan saya,  pedih ulu hati berpunca daripada gastrik dan pembawakan ibu mengandung. Gastrik berpunca daripada cara pemakanan, oleh itu jaga pemakanan anda... Islam juga menitik beratkan soal kesihatan. Amalkan cara hidup islam kerana islam itu cukup sempurna.

INFO Sihat

Tahukan anda bahawa perut merupakan  sumber  utama penyakit:  Al-ma'idat  bait  adda'.  Dan karena itu, ditemukan banyak sekali tuntutan --baik dari Al-Quran maupun hadis  Nabi Saw.-- yang berkaitan dengan makanan, jenis maupun kadarnya. Al-Quran   juga  mengingatkan,  Makan  dan  minum  dan  jangan berlebih-lebihan.  Allah  tidak  senang  kepada   orang   yangberlebih-lebihan 


 QS Al-A'raf [7]: 31).  


   " Tidak ada sesuatu yang dipenuhkan oleh putra putri Adam lebih buruk daripada perut. Cukuplah bagi putra Adam beberapa suap yang dapat menegakkan tubuhnya. Kalaupun harus dipenuhkan, maka sepertiga untuk makanannya, seperti lagi untuk minumannya, dan sepertiga sisanya untuk pernafasannya.  Penjabaran  peringatan  itu  dijelaskan  oleh  Rasulullah Saw.dengan sabdanya,
 
Rujukan
1. Dr. M. Quraish Shihab, M.A.(http://media.isnet.org/islam/Quraish/Wawasan/Kesehatan1.html)   
2.Gastroenterologi, Jabatan Perubatan Hospital Kuala Terengganu (HKT), Dr. Ahmad Shukri Md. Salleh (http://kanapinasona.blogspot.com/2008/08/punca-pedih-ulu-hati.html) 
3.Dr. Nor Ashikin,(http://www.srikasih.co.cc\\) 
4.seramapenang.blogspot.com   
                               








Ulasan

ummu berkata…
Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Tips Redakan Pedih Ulu Hati Semasa Hamil

Catatan popular daripada blog ini

PETUA DUDUK ASRAMA

JAKARTA

CUTI-CUTI MEDAN Part 1